web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKPD Di Beberapa Mukim, Lokaliti Di 6 Negeri Mulai 22 Mei

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 6:48PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa mukim dan lokaliti di enam negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak mulai 22 Mei hingga 4 Jun depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD ini susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kawasan berkenaan. 

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di 15 mukim dalam daerah Besut, Terengganu yang melibatkan Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang, Hulu Besut.

“KKM mengesahkan sembilan daripada 17 kluster aktif di Terengganu  melibatkan daerah Besut yang telah menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pelaksanaan PKPD di Pahang, Ismail Sabri berkata ia melibatkan Rumah Banjir Kuala Teh di Jerantut dan KKM hari ini turut melaporkan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti berkenaan.

“Sebanyak lapan kes positif direkodkan hasil daripada 22 ujian saringan bergejala dengan kadar positif 36.36 peratus. Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya.

Bagi pelaksanaan PKPD di Kelantan, Ismail Sabri berkata ia melibatkan Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh di Kota Bharu dan Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang di Tumpat.

Sementara itu, mengenai PKPD di Perak, Ismail Sabri berkata ia melibatkan empat mukim iaitu daerah Hulu Perak di mukim Pengkalan Hulu; daerah Larut, Matang dan Selama (mukim Taiping); daerah Kinta (mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) dan daerah Muallim (mukim Hulu Bernam Timur).

Ismail Sabri berkata, bagi pelaksanaan PKPD di Sabah pula, ia melibatkan Kampung Idani di Semporna, Kampung Pisang di Tawau dan Kampung Getah, Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Jaya di Kunak.

Mengenai pelaksanaan PKPD di Sarawak yang melibatkan Kampung Boyan di Kuching, Ismail Sabri berkata KKM melaporkan berlaku peningkatan mendadak di lokaliti ini apabila sebanyak 34 kes telah direkodkan hasil daripada 171 ujian saringan dilakukan KKM.

Ismail Sabri turut memaklumkan PKPD di tujuh lokaliti di Sempalit iaitu Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Aman, Taman Emas Baru, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sempalit Baru dan Taman Emas di Raub, Pahang yang dijadual tamat esok (21 Mei) dilanjutkan mulai 22 Mei hingga 4 Jun depan.

Beliau berkata PKPD yang dijadualkan tamat esok turut dilanjutkan mulai 22 Mei hingga 4 Jun depan di 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang kerana KKM mengesahkan masih terdapat penularan berterusan di kawasan PKPD dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi.

PKPD di Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar, Sabah yang dijadualkan tamat hari ini, juga dilanjutkan mulai esok hingga 3 Jun depan selepas KKM mengesahkan masih berlaku penularan serta terdapat 202 lagi sampel ujian menunggu keputusan, katanya.

Mengenai operasi pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 495 individu ditahan kerana ingkar SOP PKP semalam, dengan 468 daripadanya dikenakan kompaun manakala 27 lagi direman.

Antara kesalahan termasuk gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis melibatkan 143 individu, tidak memakai pelitup muka (126), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84), tiada penjarakan fizikal (47), aktiviti pusat hiburan (15), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (lapan) dan 72 lain-lain kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar