web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Sentiasa Tinggikan Syiar Islam, Pertahan Hak Dan Keadilan Rakyat - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 3:26PM

Anwar Ibrahim melancarkan buku 'Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam' - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan akan sentiasa meninggikan syiar Islam dan memastikan hak serta keadilan rakyat Malaysia dipertahankan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di sini hari ini, Anwar berkata beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut.

“Saya sebagai seorang Muslim tentu ada tanggungjawab dengan hak untuk pertahan.. hak meninggikan syiar dan keadilan termasuk kepada golongan bukan Islam.

“Dalam konsep Malaysia MADANI juga tidak lari daripada prinsip ini,” katanya yang turut meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam konsep Malaysia MADANI.

Konsep Malaysia MADANI yang diperkenal pada 19 Januari lepas berteraskan kepada enam prinsip iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Dari segi tata kelola pentadbiran, Anwar menegaskan tidak akan mengizinkan amalan salah guna kuasa oleh pemimpin termasuk dirinya sendiri untuk menyakau hak rakyat.

Anwar juga menegaskan bahawa beliau bukan boneka sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Alhamdulillah, umur saya akan mencecah 76 tahun dan saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau boleh dibeli, saya sudah lama melencong,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Anwar berkata kerajaan membuka ruang untuk mana-mana pihak yang berbeza pendapat namun ia mestilah tidak melanggar etika sedia ada.

“Boleh berbeza pendapat, ada ruang berbeza pendapat, ada disebut etika berbeza pandangan dalam Islam walaupun anda memutuskan untuk tidak bersetuju, terdapat prinsip etika yang mendasarinya. Tidak boleh kita langgar dasar etika,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi