web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Pelepasan Nyamuk Aedes BerWolbachia Di Negeri Sembilan - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 8:37PM

Nyamuk Aedes berWolbachia tidak memberi kesan sampingan kepada nyamuk atau persekitaran dan tidak diubah suai secara genetik. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Negeri Sembilan buat masa ini seperti yang ditularkan menerusi video di TikTok.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli sebaliknya berkata video yang tular itu adalah berkaitan dengan Program Eradikasi Malaria dan tiada kaitan dengan Program Kawalan Denggi menggunakan nyamuk Aedes berWolbachia.

“Merujuk kepada video tular yang dikongsikan di media sosial TikTok mengenai pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Negeri Sembilan, KKM berterima kasih kepada pemilik akaun tersebut kerana prihatin dengan situasi semasa denggi di Malaysia.

“Pihak KKM juga ingin menarik perhatian masyarakat kepada peranan komuniti dalam pencegahan denggi iaitu penjagaan kebersihan persekitaran di kawasan kediaman dan kejiranan, penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan penggunaan semburan aerosol dalam premis serta penggunaan alat pelindung diri (PPE) di luar premis seperti bahan penghalau nyamuk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan beberapa kenyataan tidak tepat dalam video berkenaan.

Selain itu, beliau turut membetulkan fakta mengenai nyamuk Aedes yang didakwa hanya menghisap darah untuk hidup.

Menurutnya nyamuk Aedes betina memerlukan darah untuk perkembangan telur, namun kedua-dua nyamuk Aedes jantan dan betina memerlukan cecair manisan (nektar) pada tumbuhan untuk kelangsungan hidup.

Dr Norhayati juga menjelaskan mengenai Wolbachia yang merupakan sejenis bakteria dijumpai secara semula jadi dalam 60 hingga 70 peratus serangga di alam sekitar dan bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam nyamuk Aedes aegypti boleh merencat replikasi virus denggi, seterusnya menghalang penularan virus tersebut kepada manusia.

Beliau berkata nyamuk Aedes berWolbachia tidak memberi kesan sampingan kepada nyamuk atau persekitaran dan tidak diubah suai secara genetik.

Katanya hasil penyelidikan di Malaysia dari 2017 hingga 2019 menunjukkan penurunan kes denggi di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia antara 50 dan 80 peratus berbanding lokaliti tanpa pelepasan nyamuk berkenaan.

“Operasi Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia telah dilancarkan pada 2019 sebagai strategi tambahan bagi menangani peningkatan kes dan wabak denggi di lokaliti yang melaporkan kes yang tinggi.

“Kaedah ini juga telah dilaksanakan di Australia, Indonesia dan Brazil yang menunjukkan penurunan kes antara 70 dan 76 peratus di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia. Di Malaysia, sehingga kini operasi ini telah dilaksanakan di tujuh negeri melibatkan 28 lokaliti,” katanya.

Beliau berkata setelah dua tahun pelaksanaan operasi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia, 16 daripada 19 lokaliti pelepasan (84.2 peratus) (kohort 1 dan kohort 2) menunjukkan trend penurunan kes demam denggi antara 33 dan 100 peratus.

Katanya satu daripada baki tiga lokaliti telah menunjukkan kekal tiada kes denggi, manakala dua lokaliti lagi menunjukkan tiada peningkatan kes denggi dengan bilangan kes yang dilaporkan juga rendah.

Dr Norhayati turut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan Operasi Pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia menerusi laman sesawang www.infosihat.gov.my atau menghubungi hotline KKM di talian 03-88833231 dari Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Orang ramai juga boleh melayari pautan laman sesawang iDengue di http://idengue.mysa.gov.my/. bagi mendapatkan maklumat terkini denggi. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad