web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP PKPB, Neelofa Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Esok

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 11:00PM

Neelofa (kiri) dan Haris - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya telah menerima semula kertas siasatan melibatkan pasangan berkenaan daripada Pejabat Peguam Negara hari ini.

Katanya pasangan itu akan didakwa mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (kawalan pergerakan bersyarat) (no.4) (pindaan) (no.12) 2021.

Beliau berkata Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam seperti ditetapkan dalam SOP PKPB.

“Sementara itu, Noor Neelofa akan didakwa gagal mematuhi SOP PKPB kerana tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) di premis atau menulis secara manual,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Pada 2 Mei, Noor Neelofa memuat naik gambar dan video dia bersama suami berada di sebuah kedai karpet di Nilai dekat sini dan dua hari selepas itu, kedua-duanya hadir memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan kertas siasatan berhubung pelanggaran SOP melibatkan Noor Neelofa serta keluarganya telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Katanya Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 P. U. (A) 225/21 bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan.

“Sebarang aktiviti ziarah raya di seluruh negara (sepanjang PKP) adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang telah diputuskan oleh kerajaan.

“Jika terdapat sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP, orang ramai diminta menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

Semalam, Bernama melaporkan Noor Neelofa dan keluarganya hadir memberi keterangan di IPD Brickfields selepas didakwa melanggar SOP PKP dengan menyambut hari raya pertama Aidilfiti, Khamis lepas bersama-sama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini dan videonya tular di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar