web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Solidariti Bersama Palestin, Makmur Gold Lancar Wafer Emas Edisi Khas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:20PM

Hishammuddin (tengah) bersama Mohd Faizuddin (dua dari kanan) dan Khairul Azam (kiri) menunjukkan wafer emas ‘Untukmu Palestin’ edisi terhad keluaran Makmur Gold di Wisma Makmur Gold, hari ini. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan warga Palestin dizalimi rejim Zionis, Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) melancarkan wafer edisi khas ‘Untukmu Palestin’, di sini, hari ini.

Wafer edisi terhad seberat satu gram itu dikeluarkan sebanyak 5,000 unit bagi edisi pertama dan semua hasil jualan akan diserahkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care melalui Makmur Care, untuk diagihkan kepada NGO berdaftar di Palestin.

Pengerusi Ko-Makmur, Hishammuddin Abdullah berkata, wafer emas itu boleh dibeli oleh ahli Ko-Makmur dan pelanggan mereka mulai esok di semua cawangan Makmur Gold di seluruh negara.

“Usaha ini adalah sebagai dedikasi kami yang sentiasa bersama (menyokong) warga Palestin dalam usaha membebaskan negara mereka daripada kekejaman rejim Zionis.

“Makmur Gold tidak mengambil keuntungan dalam penjualan wafer ini kerana kita sudah bersetuju bahawa 100 peratus hasil jualan disalurkan kepada Muslim Care dengan kerjasama Makmur Care untuk diserahkan kepada NGO (berdaftar) di sana (Palestin),” katanya kepada media selepas majlis pelancaran wafer emas berkenaan di Wisma Makmur Gold, dekat sini. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood dan Setiausaha Ko-Makmur, Khairul Azam Awang. 

Mengulas mengenai harga bagi seunit wafer emas itu, Hishammuddin berkata, setiap unit dijual pada harga RM330 dan pihaknya mensasarkan dapat menjual semua wafer emas edisi khas itu dalam masa kira-kira seminggu. 

Ditanya mengenai kemungkinan untuk mengeluarkan wafer emas sama bagi edisi kedua, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan kemudian dan bergantung kepada permintaan serta sambutan daripada ahli dan pelanggan mereka. 

“Buat masa ini kita tumpukan kepada penjualan 5,000 unit bagi edisi pertama terlebih dahulu dan jika sambutan diterima daripada ahli dan orang ramai sangat baik, kita boleh pertimbangkan untuk memperkenalkan (wafer emas) edisi kedua,” katanya. 

Hishammuddin turut menyifatkan kerjasama baik sedia terjalin antara Makmur Care dan Muslim Care dalam pelbagai program sebelum ini membuka ruang untuk mereka meneruskan jalinan kerjasama itu bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. 

“Sebelum ini kita sudah bekerjasama dengan mereka (Muslim Care), banyak program kita anjurkan secara bersama sepanjang bulan Ramadan dan bantuan lain, jadi, dari situ kita fikir untuk meneruskan (kerjasama) dengan projek ini,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar