web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di Vientiane Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:07PM

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada pukul 5.50 petang waktu tempatan (6.50 petang di Malaysia) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VIENTIANE - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Laos hari ini untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasam ekonomi dengan negara anggota ASEAN.

Lawatan sulung Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan itu adalah atas jemputan rakan sejawatannya dari Laos, Dr Sonexay Siphandone.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada pukul 5.50 petang waktu tempatan (6.50 petang di Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Laos Alounxay Sounnalath dan Timbalan Menteri Luar Negeri Laos Phoxay Khaykhamphithoune.

Perdana Menteri dijadual mengadakan perjumpaan dengan pemimpin pertubuhan Islam di negara ini bagi membincangkan isu Ummah, di sebuah hotel di sini malam ini.

Pada hari kedua beliau di sini (Selasa), satu pertemuan dua hala dengan Siphandone dijadualkan di Pejabat Perdana Menteri Laos itu, yang didahului dengan upacara sambutan rasmi menyaksikan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum pemeriksaan kawalan kehormat oleh Anwar, diiringi oleh Siphandone.

Anwar dan Siphandone kemudian akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE), serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP).

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).

Mereka kemudiannya akan mengadakan sidang media bersama sebelum ke jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Siphandone, diikuti dengan kunjungan hormat Anwar ke atas Presiden Laos Dr Thongloun Sisoulith di Istana Presiden.

Selepas itu, Anwar dijadual menghadiri sesi minum petang bersama dengan diaspora Malaysia di Kedutaan Malaysia di sini, dan beliau juga akan merasmikan bangunan Kedutaan berkenaan.

Kira-kira 230 rakyat Malaysia di Laos dijangka menghadiri perjumpaan itu, kebanyakannya terdiri daripada kumpulan profesional dan ahli perniagaan.

Anwar kemudian akan mengadakan sidang media bersama dengan media Malaysia sebelum melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara Laos Dr Xaysomphone Phomvihane di bangunan Dewan Negara sebelum mengahkiri lawatan rasmi dua hari beliau di sini.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Laos melonjak 425 peratus daripada AS$48.7 juta (RM202.5 juta) pada 2021 kepada AS$255.6 juta (RM1.13 bilion) pada 2022, dengan peratus paling tinggi disumbangkan menerusi peningkatan dalam permintaan bagi produk elektronik Malaysia.

Malaysia merupakan penyumbang pelaburan langsung asing (FDI) keempat terbesar Laos tahun lepas selepas China, Thailand dan Vietnam, terutamanya dalam sektor tenaga, zon perdagangan bebas, automotif dan sektor perbankan.

Malaysia dan Laos telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1 Julai 1966. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad