web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemiskinan Tegar Perlu Dinoktahkan Tahun Ini - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 2:02PM

Anwar (dua dari kiri) bersama Ahmad Zahid menyempurnakan gimik pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini.

Beliau berkata sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.

“Tahun 2023 golongan ini (miskin tegar) kita mesti muktamadkan dan noktahkan jumlah kemiskinan, termasuk di Negeri Sembilan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di sini hari ini.

Turut hadiri di majlis pagi ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata KKDW juga merupakan kementerian strategik yang berupaya menyantuni rakyat yang majoritinya orang Melayu untuk dibantu selain kelompok kecil termasuk Cina, India, Orang Asli dan pedalaman Sabah serta Sarawak.

Perdana Menteri berkata keseluruhan kementerian juga tidak hanya perlu membincangkan projek-projek besar dan mega, sebaliknya perlu berusaha membantu golongan terbabit keluar dari belenggu kemiskinan.

“Kita tidak hanya bincang tentang high speed railway, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bangunan berkembar, Putrajaya dan sebagainya tetapi yang miskin nak beli susu anak tak cukup, nak beli pakaian sekolah pun tak cukup, jadi itu kita perlu beri keutamaan.

“Saya tidak fikir ini salah kalau semua jentera dapat ditumpukan, ini sebabnya kita mahu rakyat melihat sendiri apa yang dilakukan kerajaan termasuk kerajaan Negeri Sembilan, mengetahui program-program, dan bukan guna ruang politik untuk serang orang lain,” katanya.

Sementara itu beliau sekali lagi mengulangi bahawa semua tandas sekolah di seluruh negara perlu disegerakan baikpulihnya pada tahun ini, sekali gus memberikan keselesaan untuk golongan pelajar yang merupakan nadi kepada negara.

“Kalau bercakap pasal ekonomi hebat, gaji menteri-menteri, gaji duta-duta khas semua tinggi, tapi tandas sekolah tak dapat dibaiki, sebab itu saya kata mesti selesaikan tahun ini untuk anak-anak kita,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad