web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Wang Kelian: 4 Warga Thailand Didakwa Seludup Migran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 2:17PM

Empat warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran terhadap dua warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar antara 2013 dan 2015 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Empat warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran terhadap dua warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar antara 2013 dan 2015.

Keempat-empat lelaki itu, Jehpa Lapi-E, 56; Somphon A-Dam, 51; Arun Kaeofainok, 30; dan Amree Nesalaeh, 58; masing-masing menghadapi satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thai oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan pertuduhan dibuat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tiga tertuduh iaitu Jehpa Lapi-E, Somphon A-Dam dan Arun Kaeofainok didakwa menjalankan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar iaitu Mohd Belal di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar pada Februari 2013 sehingga April 2013.

Sementara seorang lagi tertuduh, Amree Nesalaeh didakwa menjalankan penyeludupan migran seorang lelaki warga Myanmar iaitu Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar lebih kurang 5.30 pagi pada Ogos 2014 sehingga Mac 2015.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 25 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal, VV Suloshini dan Lee Jun Keong manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.

Susulan hasil siasatan dijalankan, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga Thailand pada 6 Jan 2017, dan kedua-dua negara telah berusaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan bagi melaksanakan proses ekstradisi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 diekstradisi ke Malaysia semalam, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di Malaysia.

Saifuddin Nasution berkata hasil daripada kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kes Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Warga Thailand Diekstradisi Selepas Jalani Hukuman Penjara Di Thailand

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Harap 6 Lagi Suspek Kes 'Kubur Besar Wang Kelian' Dihadap Ke Muka Pengadilan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan RCI Wang Kelian: Tiada Pegawai Awam Terlibat Seludup, Kematian Migran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad