web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Harap 6 Lagi Suspek Kes 'Kubur Besar Wang Kelian' Dihadap Ke Muka Pengadilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 6:15PM

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang dikenali sebagai kes kubur besar Wang Kelian, yang telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dari dalam dan luar negara - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap enam lagi suspek kes 'Kubur besar Wang Kelian' akan dapat dihadapkan ke muka pengadilan kata Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin.

Beliau berkata pihaknya percara keenam-enam suspek itu, kini dipercayai berada di luar negara.

“PDRM berharap baki enam lagi suspek ini berjaya ditahan dan dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia kelak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini dan menambah, hari ini empat suspek warga Thailand telah dituduh di Mahkmah Seksyen Kangar di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Pihak PDRM mengucapkan terima kasih  kepada semua pihak terlibat termasuk kerajaan Thailand dalam menjayakan proses ekstradisi Op Wawasan Khas Wang Kelian ini,” katanya.

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang dikenali sebagai kes kubur besar Wang Kelian, yang telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dari dalam dan luar negara.

Selepas menjalankan siasatann, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga Thailand pada 6 Jan 2017, dan kedua-dua negara telah berusaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan bagi melaksanakan proses ekstradisi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015, diekstradisi ke Malaysia semalam, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di Malaysia.

Saifuddin Nasution berkata hasil daripada kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kes Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Warga Thailand Diekstradisi Selepas Jalani Hukuman Penjara Di Thailand

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Wang Kelian: 4 Warga Thailand Didakwa Seludup Migran

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan RCI Wang Kelian: Tiada Pegawai Awam Terlibat Seludup, Kematian Migran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad