web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan RCI Wang Kelian: Tiada Pegawai Awam Terlibat Seludup, Kematian Migran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 1:22PM

RCI mendapati tiada warganegara Malaysia sama ada orang awam atau pegawai awam terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia dalam kes Wang Kelian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada pegawai awam atau pegawai penguat kuasa terlibat dalam kewujudan kem migran yang ditemui di Wang Kelian, Perlis, menurut laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara itu yang didedahkan baru-baru ini.

RCI telah memulakan penyiasatan kemungkinan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan anggota penguat kuasa dan pegawai awam dalam kes itu, berikutan kebimbangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan kumpulan advokasi hak asasi manusia, Fortify Rights.

Menurut RCI, penemuannya disokong pengakuan diberikan beberapa mangsa yang dibawa ke kem oleh warga Thailand, manakala pengawal di kem tersebut yang juga warga Thailand, Myanmar atau Bangladesh.

“Daripada kenyataan mangsa, didapati tiada warganegara Malaysia sama ada orang awam atau pegawai awam terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia dalam kes Wang Kelian.

“Kenyataan mereka menunjukkan bahawa penglibatan rakyat Malaysia terhad kepada menjadi ‘tekong’ (orang tengah) untuk pendatang tanpa izin dibawa ke destinasi yang ditentukan di Malaysia.

“Terdapat kes di mana warga asing yang tinggal di Malaysia memainkan peranan dalam membawa pendatang tanpa izin ke destinasi tertentu, mengatur perjalanan dan mendapatkan pekerjaan untuk mereka,” kata laporan itu.

Suruhanjaya itu berkata, ia telah menerima peluang untuk meneliti laporan SUHAKAM dan Fortify Rights mengenai dakwaan salah laku pegawai awam tetapi membuat kesimpulan bahawa “kenyataan itu hanyalah spekulasi dan kepercayaan di pihak mereka, serta tidak disokong sebarang bukti”.

RCI telah memanggil Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk A  Aziz A Rahim untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemungkinan berlakunya rasuah dalam agensi di bawah bidang kuasa beliau bagi kes ini.

Berdasarkan kenyataan Aziz, EAIC turut memanggil wakil dari New Straits Times (NST) yang melaporkan kes itu tetapi tidak menemui maklumat tambahan untuk menyokong dakwaan salah laku di kalangan penjawat awam.

“Perkara itu dibawa ke mesyuarat EAIC, di mana ia telah memutuskan bahawa siasatan tidak diperlukan, kerana masa yang ketara telah berlalu dan tiada bukti sokongan menunjukkan sebarang salah laku di kalangan anggota penguat kuasa di sempadan berdasarkan perbandingan maklumat antara NST dan Polis Diraja Malaysia,” kata laporan itu.

Berita mengenai penemuan kubur besar termasuk mayat 139 pendatang tanpa izin, pertama kali dilaporkan oleh wartawan veteran Datuk Arulldas Sinnappan pada 2015 ketika dia berkhidmat bersama Malay Mail.

RCI ditubuhkan untuk menyiasat kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berikutan penemuan lebih 100 kubur dan 29 kem tahanan sementara pada 2015 di dalam hutan Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma, hanya beberapa ratus meter dari sempadan Malaysia-Thailand.

Laporan RCI siap pada Jun 2019, sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada September.

Pendengaran awam berlangsung selama 17 hari dalam tempoh dua bulan dan menyaksikan 48 saksi dipanggil, termasuk nama berprofil tinggi seperti mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan mantan Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron. - The Vibes, 19 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RCI Batu Puteh Untuk Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Perkenan Penubuhan RCI, Tangani Kes Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kes Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Warga Thailand Diekstradisi Selepas Jalani Hukuman Penjara Di Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi