web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Arah Ambil Tindakan Terhadap Sesiapa - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 3:33PM

Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Balai Islam Lundang, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tertentu sejak memegang jawatan itu.

Beliau berkata sebaliknya arahan adalah supaya tindakan diambil terhadap semua yang terkait dengan sebarang masalah.

"Saya tak pernah arah ambil tindakan kepada sesiapa. Saya arah tindakan kepada semua yang terkait dengan permasalahan.

“Ini saya sebut kerana saya mahu keluarga penjawat awam ini yakin bahawa pimpinan berada di landasan yang betul dan supaya boleh bekerja dengan penuh semangat," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad.

Mengulas lanjut, Anwar juga mahu sikap gelojoh apabila memegang jawatan tidak lagi diulangi.

"Tidak boleh mengulangi sikap gelojoh yang bila pegang jawatan pastikan anak pinak, keluarga dan kroni kaya raya tanpa ikut peraturan, memberi atau mengambil kontrak sesuka hati dan bila kena siasat dakwa ini semua tindakan politik.

"Saya tidak ada di sini untuk pegang jawatan dan balas dendam, hina orang dan dakwa, serta menghukum… bukan kerja saya. Arahan saya jelas dan ingat semua penjawat awam negeri dan persekutuan di mana-mana peringkat sekalipun urus negeri dengan amanah dan baik,” katanya.

Anwar berkata arahan beliau kepada badan-badan lain juga jelas supaya tindakan diambil tidak mengira pangkat dan darjat.

"Arahan saya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua penguatkuasa lain jalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani, tidak kira pangkat dan darjat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

4

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad