web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Politik, Ejen Luar Tak Perlu Terlibat Dalam Keputusan Perolehan Aset Ketenteraan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 9:04PM

Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth Sempena Ulang Tahun TUDM ke-65 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli politik atau mana-mana ejen luar agar tidak terlibat dengan keputusan berkaitan perolehan aset ketenteraan.

Beliau berkata keputusan profesional untuk perolehan aset seperti pesawat, kapal dan senapang perlu diambil oleh pihak ketenteraan yang terbabit.

"Apabila sudah ada keputusan, boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan kos dan kita akan runding secara terus dengan pihak yang terlibat untuk mengelakkan ketirisan," katanya semasa berucap di Majlis Ramah Mesra bersama warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini yang turut dihadiri Komander Pangkalan Tentera Udara Butterworth Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin.

Anwar berkata dasar pertahanan Malaysia harus meletakkan kesiapsiagaan yang cukup memandangkan kelengkapan pertahanan negara buat masa ini tidak mencapai tahap kesiapsiagaan negara jiran kerana masih ada aset lama digunakan.

Perdana Menteri berkata ini disebabkan dasar lama yang tidak menyerahkan hal perolehan aset kepada tentera dan akhirnya menyebabkan berlaku banyak ketirisan susulan komisen yang tinggi.

Beliau juga berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam termasuk tentera dan membaiki kerosakan kediaman sedia ada mulai tahun depan.

"Bagaimanapun jika ada dana berlebihan, pihak kerajaan akan segerakan langkah membaik pulih rumah tentera yang sangat memerlukan," katanya yang turut menyampaikan sumbangan bagi kecemerlangan akademik SPM 2022 dan pesakit kronik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad