web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Betina Cedera Terkena Jerat Pemburu Haram Diselamatkan Di Gua Musang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 2:03PM

Siasatan mendapati harimau terbabit telah terkena jerat pada pergelangan kaki kiri hadapan dan rawatan pemeriksaan fizikal serta pengambilan sampel darah telah dilakukan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor harimau belang betina seberat 80 kilogram yang cedera terkena jerat pemburu haram berhampiran Ladang Metro NTT, Pos Blau di Gua Musang, semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan ladang berkenaan.

Beliau berkata operasi menyelamatkan Harimau Malaya itu dilakukan oleh kakitangan Bahagian Konservasi Hidupan Liar, Ibu Pejabat Perhilitan Kuala Lumpur dan Kelantan serta Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan dan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan.

"Lokasi kedudukan harimau itu sukar diakses kerana terletak di kawasan berkecerunan tinggi di tebing sungai selain hujan lebat menyebabkan pihak kami menggunakan motobot bagi meninjau keadaan haiwan liar itu. 

"Operasi menyelamatkan harimau itu dilakukan pada 10.30 pagi setelah maklumat kedudukan dan keadaan haiwan liar berkenaan diperoleh dengan jelas melalui penggunaan dron. Ubat pelali telah digunakan untuk menidurkan sementara haiwan liar itu bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamad Hafid berkata siasatan mendapati harimau terbabit telah terkena jerat pada pergelangan kaki kiri hadapan dan rawatan pemeriksaan fizikal serta pengambilan sampel darah telah dilakukan.

"Operasi itu mengambil masa tiga jam dengan melibatkan 21 kakitangan dan harimau itu dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata Seksyen 29 (1) dalam Akta A1646 telah menyatakan mana-mana individu atau kumpulan tidak boleh memiliki,menyimpan, memasang, meletakkan atau menggunakan mana-mana jerat kecuali bagi maksud menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas mana-mana hidupan liar.

"Mana-mana individu atau pihak yang melanggar (akta itu) boleh disabitkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun," katanya. - Bersama

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Selamatkan Harimau, Atau Hilang Segalanya

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tapak Kaki Pak Belang Ditemui, Penduduk Diancam Ketakutan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akhirnya Pak Belang Pasik Masuk Perangkap

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 28 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad