web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:05PM

Setakat 1 Jun lalu terdapat 8.5 juta stok vaksin pelbagai jenama telah luput di fasiliti KKM dan gudang simpanan vaksin - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menerima sebanyak 2.7 juta dos vaksin generasi baharu (bivalen) COVID-19 sebagai gantian stok vaksin hampir luput yang sedia ada dalam simpanan Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan,Lukanisman Awang Sauni, berkata  ia sekali gus dapat bagi mengelakkan pembaziran atau pembuangan vaksin yang luput. 

“Walaupun kita mampu menukar kepada bivalen, (tetapi) seperti data yang diperolehi yang hanya 2.5 peratus penerima dos penggalak (kedua), kita mungkin akan mengalami perkara yang sama iaitu terpaksa memusnahkan vaksin yang luput,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 sebelum ia dipersetujui Persidangan Dewan Rakyat,hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM masih dalam proses rundingan dengan Pfizer Sdn Bhd mengenai vaksin bivalen COVID-19.

Lukanisman berkata pembelian tambahan dan penerimaan sumbangan vaksin daripada negara luar telah menyumbang kepada lebihan stok vaksin berbanding perancangan asal Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, setakat 1 Jun lalu terdapat 8.5 juta stok vaksin pelbagai jenama telah luput di fasiliti KKM dan gudang simpanan vaksin.

“Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. Pemantauan status pelupusan juga dilaksanakan secara berkala,” katanya.

Beliau juga memaklumkan seramai 27,550,124 (84.4 peratus) penduduk telah menerima dos primer lengkap; 16,335,715 orang (50 peratus) penduduk telah menerima dos penggalak manakala 823,495 orang iaitu 2.5 peratus populasi telah menerima dos penggalak kedua setakat 30 Mei lalu.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Disember 2020 sehingga 30 April 2023, kerajaan telah membelanjakan RM5.885 bilion iaitu RM5.348 bilion menerusi KKM, manakala RM537.5 juta lagi oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi pelaksanaan PICK termasuk PICKids.

Katanya, ia peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) dan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Selain itu, beliau berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima 26,717 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) vaksin dari Februari 2021 sehingga 30 April lepas dan hanya 1,868 laporan ( tujuh peratus) melibatkan kesan advers serius.

 Mengenai Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19, beliau berkata 319 permohonan telah diterima dan 150 daripadanya telah diluluskan dengan melibatkan jumlah bayaran RM2.5 juta sehingga 31 Mei lalu.

Katanya, bantuan itu diberikan kepada pemohon yang menjadi penerima vaksin COVID-19 yang mempunyai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang serius atau hilang upaya kekal serta waris penerima vaksin yang meninggal dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 36 minit yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad