Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Menuju Ke Dekad Digital Emas, Perlukan Lebih Ramai Tenaga Kerja Dan Pakar - Fahmi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 3:51PM

Fahmi Fadzil bergambar bersama para pelajar Malaysia di London sebelum menghadiri Minggu Teknologi London (LTW) hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Malaysia sedang menuju ke dekad digital emas dan berada di landasan untuk menjadi harimau digital Asia, justeru negara memerlukan lebih banyak tenaga kerja dan kepakaran, terutamanya dalam bidang data dan teknologi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Berucap kepada kira-kira 100 penuntut Malaysia di sini, beliau menekan bahawa pada masa depan dunia akan dikuasai digital dan sekurang-kurangnya satu perempat daripada ekonomi akan disumbang oleh ekonomi digital.

“Ekonomi digital merupakan sebahagian besar daripada masa depan kita. Kita memperoleh banyak pelaburan besar hampir setiap bulan. Hanya beberapa hari lepas, sebuah syarikat dari Australia melabur sebanyak RM3 bilion bagi membangunkan sebuah pusat data di Petaling Jaya. Minggu sebelumnya sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) juga komited untuk melabur RM3 bilion.

“Apa juga bidang yang anda ceburi, akan pasti ada aspek digital. Lebih-lebih lagi, pada zaman ini, perkara yang kita anggap sebagai pekerjaan konvensional tidak lagi berlaku. 

"Banyak pekerjaan tradisional semakin hilang. Masa depan sangat mengujakan tetapi juga sangat mencabar,” katanya. 

Malaysia menyasar mencapai pelaburan digital bernilai RM130 bilion menjelang 2025, yang menyumbang 25.5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. 

Sementara itu, semasa majlis tersebut, Fahmi juga menasihati para pelajar agar kembali semula ke tahah air selepas tamat pengajian dan berkhidmat untuk negara. 

“Selepas tamat pengajian, ramai daripada anda akan memilih sama ada kekal tinggal di sini atau kembali semula ke tanah air. Jika anda tinggal di sini, gunakan sepenuhnya peluang yang ada. Belajar bersungguh-sungguh dan satu hari nanti bawa pulang bakat dan pengalaman ke Malaysia. Pulang dan bantu Malaysia,” katanya.

Pada masa ini terdapat kira-kira 12,500 penuntut Malaysia di United Kingdom (UK).

Fahmi ketika ini berada di London bagi mengetuai delegasi Malaysia ke acara London Tech Week, yang akan dirasmikan Perdana Menteri UK Rishi Sunak dan Datuk Bandar London Sadiq Khan pada Isnin. 

Acara itu yang berlangsung di Queen Elizabeth II Centre di London, dijangka dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung. 

Fahmi juga dijadualkan menyaksikan beberapa permeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan 10 pengumuman kerjasama antara syarikat Malaysia dan antarabangsa pada Selasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Semasa 6 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 14 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar