web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPI: The Vibes Menang 2 Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 9:43PM

Mohamed Sairien (tengah) memenangi Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2022 bagi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang menerusi foto bertajuk ‘The Awaited Moment’. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - The Vibes meraih dua Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2022 sempena Hari Kewartawanan Malaysia (HKM) malam tadi, selepas memenangi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang dan Esei Foto Cemerlang.

Pemenang emas kategori Kewartawanan Foto Cemerlang dimenangi Ketua Unit Foto The Vibes, Mohamed Sairien Mohamed Nafis menerusi foto bertajuk ‘The Awaited Moment’.

Kemenangan itu melayakkannya meraih wang tunai RM10,000, sijil dan trofi.

Anwar Ibrahim melihat foto hasil bidikan Sairien Nafis yang memenangi Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2022 bagi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang
Anwar Ibrahim melihat foto hasil bidikan Sairien Nafis yang memenangi Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2022 bagi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang

Bagi kategori Esei Foto Cemerlang, Nur Syaheda Imran memenangi perak menerusi esei foto bertajuk ‘Search-and-rescue efforts press on through bad weather, soft earth’.

Foto dibidik jurugambar wanita itu memaparkan situasi dialami pasukan mencari dan menyelamat dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali Selangor, termasuk detik sukar dan menyayat hati.

Dia membawa pulang wang tunai RM1,500 dan sijil.

Mohamed Sairien Mohamed Nafis dan Nur Syaheda Imran
Mohamed Sairien Mohamed Nafis dan Nur Syaheda Imran

Sementara itu, Hadiah Kajai diraih wartawan Harian Metro, Yusmizal Dolah Aling menerusi laporan berita bertajuk ‘Terima Kasih Laoshi, Hadiah Raya Paling Bermakna, Rohana Abdullah Kini Warga Malaysia, Sanjung Budi Laoshi’.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM30,000, sijil dan trofi.

Anugerah Khas dimenangi Pengarah Eksekutif New Sarawak Tribune yang berkhidmat dari 2010 hingga 2018, James Alexander Ritchie, sekali gus membawa pulang RM 10,000, sijil dan trofi.

Manakala, anugerah Tokoh Media menjadi milik Pengarah Urusan Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua Daily News & Oriental Daily, Borneo Post Sdn Bhd, Datuk Henry Lau Lee Kong dengan diiktiraf sebagai Tokoh Media Negara, selain menerima sijil serta trofi.

Pasukan The Vibes yang hadir di acara malam tadi
Pasukan The Vibes yang hadir di acara malam tadi

Bagi penyertaan HKM 2022, MPI sebagai penganjur menerima 386 penyertaan dari kalangan pengamal media Malaysia bagi 17 kategori dipertandingkan, membabitkan 44 kategori media.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya berkata, sebanyak 51 entiti, dengan sebahagian besar badan korporat, agensi kerajaan dan organisiasi media menghulurkan sumbangan serta tajaan masing-masing, melalui pembelian meja dan bukan pembelian meja.

Para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2022
Para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2022

“HKM diinstitusikan pada 1980 bagi mengiktiraf karya terbaik kewartawanan Malaysia, dengan tajaan diterima daripada PETRONAS.

“Matlamat anugerah ini adalah menyemarakkan dan menyuburkan kewartawanan beretika serta bertanggungjawab, dengan menjunjung prinsip kewartawanan yang mulia.

“Antara prinsip terbabit adalah menghasilkan karya pelaporan berteraskan kebenaran, ketepatan fakta dan maklumat serta meminimumkan kemudaratan, bertimbang rasa dan dapat memberi pencerahan kepada orang ramai mengenai isu serta peristiwa berlaku di sekeliling mereka,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tugas Wartawan Bukan Sekadar Lapor Berita, Berperanan Cetus Idea Bangun Negara – PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Dikerumuni Penyokong Dinobat Foto Terbaik HKM, ‘Hadiah Untuk The Vibes’ – Sairien

3

Rencana 5 tahun yang lalu

Adakah Benar Dakwaan Kebebasan Media Di Malaysia ‘Disekat’?

4

Semasa 5 tahun yang lalu

MPI Alu Inisiatif Kerajaan Jaga Kebajikan Pengamal Media

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar