Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Anwar Dikerumuni Penyokong Dinobat Foto Terbaik HKM, ‘Hadiah Untuk The Vibes’ – Sairien

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:13AM

Anwar Ibrahim melihat karya hasil bidikan Mohamed Sairien Mohamed Nafis bertajuk ‘The Awaited Moment’ (Detik Yang Dinantikan) yang dinobatkan pemenang utama Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2023 malam tadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai dengan dikerumuni ratusan penyokong ketika beliau menuju ke lokasi sidang media pertamanya, sejurus mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu, dinobatkan pemenang utama Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2023 di sini, malam tadi.

Mohamed Sairien Mohamed Nafis menjadi pemenang utama Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2023 malam tadi
Mohamed Sairien Mohamed Nafis menjadi pemenang utama Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2023 malam tadi

Karya hasil bidikan Ketua Unit Foto The Vibes, Mohamed Sairien Mohamed Nafis bertajuk ‘The Awaited Moment’ (Detik Yang Dinantikan) itu, mencuri hati barisan juri kerana memiliki nilai sentimental, mempunyai keunikan tersendiri dan ‘satu dalam sejuta’.

‘The Awaited Moment’ (Detik Yang Dinantikan), karya hasil bidikan Mohamed Sairien Mohamed Nafis
‘The Awaited Moment’ (Detik Yang Dinantikan), karya hasil bidikan Mohamed Sairien Mohamed Nafis

Mengulas mengenai kejayaan diraihnya sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2022 itu, Mohamed Sairien berkata, beliau turun padang ke tugasan terbabit kerana ia adalah satu daripada detik bersejarah negara yang semestinya amat rugi jika dilepaskan.

“Pasukan kami (jurugambar The Vibes) membabitkan tiga petugas termasuk saya. Dua daripadanya bersedia untuk menanti Perdana Menteri tiba di dalam dewan yang dipenuhi pengamal media tempatan dan antarabangsa.

“Jadi saya ambil keputusan untuk menanti ketibaan Perdana Menteri di luar dewan dan masa itu ramai orang awam berkumpul menunggu beliau. Bila Perdana Menteri tiba dan sebelum beliau berjalan masuk ke dewan dengan dikerumuni orang ramai, saya terus ambil gambar dari sudut atas.

“Bila saya tengok semula foto ini, saya rasa ia mempunyai kelainan tersendiri. Ketika Perdana Menteri bergerak keluar dewan untuk pulang, saya sekali lagi mengambil gambar dari sudut sama, tetapi hasilnya berbeza kerana gambar awal tadi lebih memuaskan hati,” katanya kepada Getaran ketika ditemui pada acara itu.

Yang turut hadir, Anwar; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya; Naib Presiden Eksekutif Petronas, Liza Mustapha; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petra News, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa dan Ketua Pengarang Petra News merangkap Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez.

Mendedikasikan kemenangannya itu kepada The Vibes, Mohamed Sairien berkata, anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan di negara ini yang dianjurkan Malaysia Press Institute dan Petronas (MPI-Petronas) terbabit, sememangnya menjadi impian beliau sejak bertugas di organisasi media berkenaan.

“Memang saya sasar anugerah MPI-Petronas untuk The Vibes sebagai ‘hadiah’ kepada portal ini. Jadi alhamdulillah hari ini kita (The Vibes) berjaya dan ia bukan untuk saya saja, tapi kemenangan semua ahli pasukan kita yang menyokong kerjaya saya. Terima kasih kepada bos dan rakan sekerja.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada isteri, Shuhada Elis dan anak-anak yang sentiasa menyokong penuh minat serta kerjaya saya sebagai jurugambar,” katanya yang membawa pulang RM10,000, sijil dan trofi.

Pasukan The Vibes yang turut hadir di acara malam tadi
Pasukan The Vibes yang turut hadir di acara malam tadi

Diminta nasihatnya kepada jurugambar untuk meraih kejayaan dalam mana-mana anugerah kewartawanan dan fotografi, Mohamed Sairien berkata, beliau selalu mengingatkan kepada penggiat baharu bidang itu supaya sentiasa memperbaiki diri, yakin dengan gambar dihasilkan serta mengambil peluang menyertai seberapa banyak pertandingan yang boleh.

“Jadi apa yang saya selalu cakap kepada jurufoto muda, anda semua kena yakin dengan gambar dan masuk pertandingan kerana ia bukan sahaja mampu membantu melonjakkan nama anda serta organisasi, malah mengetahui taraf semasa anda untuk bersaing secara positif.

“Sebab ramai ambil mudah pertandingan ini, mungkin sebab mereka tak minat menyertainya, jadi saya bagi mereka semangat suruh masuk.

“Pertandingan macam ini lah akan naikkan pencapaian diri, sebab ramai jurufoto mungkin boleh cakap ‘ala gambar ini saya pun ada tapi saya tak hantar bang’, jadi anda kena bertanding, kalah menang baru anda rasa puas hati, esok (kemudian) nanti anda bertanding lagi,” katanya .

Mohamed Sairien Mohamed Nafis bersama Nur Syaheda Imran
Mohamed Sairien Mohamed Nafis bersama Nur Syaheda Imran

Ditanya pandangannya mengenai penganjuran HKM MPI-Petronas, Mohamed Sairien berkata, ia sememangnya acara yang baik bagi menilai pencapaian dan menghargai penggiat bidang kewartawanan.

“Cuma cadangan saya, sekiranya MPI-Petronas boleh menambah baik kategori fotografi dipertandingkan adalah lebih bagus, sebab kategori fotografi sedia ada hanya dua kategori, mungkin ia boleh dikembangkan lagi.

“Bila cerita kategori berita, ia ada rencana, ada penyiasatan cemerlang, jadi mungkin lepas ini akan ada kategori sport (sukan) dan beberapa lagi untuk foto,” katanya yang memiliki pengalaman hampir 20 tahun sebagai jurugambar.

Sementara itu, bagi Kategori Esei Foto Cemerlang ditandingi The Vibes, pemenangnya, Nur Syaheda Imran yang memenangi anugerah perak, mempersembahkan hasil kerja bertajuk ‘Search-and-rescue efforts press on through bad weather, soft earth’.

Foto dibidik jurugambar wanita itu memaparkan situasi dialami pasukan mencari dan menyelamat dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali Selangor, termasuk detik sukar dan menyayat hati.

Antara gambar kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm hasil bidikan Nur Syaheda Imran
Antara gambar kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm hasil bidikan Nur Syaheda Imran

Nur Syaheda berkata, ia adalah penyertaan pertama kalinya dalam pertandingan terkemuka kewartawanan itu.

“Ini penyertaan pertama kali saya dalam anugerah MPI-Petronas,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM1,500 dan sijil. – Getaran, 10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

BN Masih Berpeluang Di Pelangai Walau Berdepan Tentangan Sengit - Penganalisis

2

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tugas Wartawan Bukan Sekadar Lapor Berita, Berperanan Cetus Idea Bangun Negara – PM

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa 54 minit yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 8 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran