Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Muhd Fuad, jurugambar terkemuka dari Malaysia berjaya merangkul anugerah Jurugambar Terbaik dua tahun berturut-turut

Teknovasi Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berjaya menawan hati juri pada Anugerah Honor Magic Moments 2022 dengan gambar bertajuk When Sun Goes Down seorang jurugambar dari Malaysia, Mohd Fuad, sekali lagi memukau apabila dinobat sebagai Jurugambar Terbaik Tahun 2023.

Anugerah yang kali ketiga dianjurkan Honor, menghimpun bakat seluruh dunia bagi mencari hasil kreativiti fotografi dirakam menggunakan telefon pintar jenama dari China itu.

Kali ini Mohd Fuad tampil dengan rakaman gambar bertemakan #MagicMomentsofMalaysia, dalam pertandingan yang diumumkan pada April lalu dan tarikh akhir penyertaan pada Ogos.

Selain Mohd Fuad, beberapa penyertaan dari jurugambar negara ini turut mendapat pengiktirafan dan penghargaan termasuk daripada HONOR Malaysia kerana mempamerkan kreativiti, pemandangan, ketepatan dan kemahiran Malaysia melalui dunia fotografi telefon pintar.

Gambar Gadis Melanau yang dihasilkan Muhd Fuad
Gambar Gadis Melanau yang dihasilkan Muhd Fuad

Jurugambar Terbaik 2023: Muhd Fuad Cipta Kemenangan Berganda 

Mempertaruhkan keindahan budaya Borneo, Mohd Fuad merakamkan wajah tulus seorang gadis etnik Melanau.

Ternyata taruhan foto itu melayakkan Fuad memenangi anugerah utama sekaligus membawa pulang ganjaran RM10,000.

Pakar Fotografi: Kenji Ooi Dan Yusuf Madi

Kenji Ooi dan Yusuf Madi yang dianugerahkan gelaran Pakar Fotografi bagi pertandingan tahun ini, tampil dengan dua hasil karya yang berbeza subjek.

Jika Ooi mempertaruhkan kemodenan seni bina menara ikonik Malaysia iaitu Menara Kembar Petronas, Menara KL, Menara TM dan TRX, lensa Yusuf menggarap seorang lelaki etnik dengan berlatar belakangkan hutan belantara Sarawak. 

Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM5,000.

Anugerah Berprestij Dan Terhormat 

Selain itu,  Anugerah Jurugambar Berprestij pula dimenangi oleh Thomas Cheah, Mohamad Nor Amrey bin Rosley, dan Shahrulnizam, masing-masing menerima sebuah HONOR Magic5 Pro.

Anugerah Jurugambar Terhormat pula diberikan kepada Mahmudul Hassan, Bobby Lau, Mohd Saifuddin, Nazel Noor, Fahmie Izwan, Mazita Suraini, Fiona Tan, Amir Nordin, Sam Lim, dan Kenny Ariovistus.

Anugerah Syor Terbaik - Kejayaan Trio Malaysia

Anugerah Syor Terbaik pula bagi penyertaan diiktiraf di peringkat antarabangsa sekaligus mendapat pengiktirafan sebagai galeri yang layak dipamerkan di peringkat dunia.

Nama negara diharumkan Ahmed Bakarat, Muhd Fuad, dan KL Chong dengan penyertaan mereka yang cemerlang. - Getaran, 3 Oktober 2023

Sumber Foto: Honor Malaysia.

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Semasa 4 bulan yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 3 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN