web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangkaian 5G Capai 62.1 Peratus Liputan Setakat Akhir Mei 2023 - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 9:20PM

Fahmi Fadzil berkata ini menandakan peningkatan sebanyak 2.6 peratus daripada 59.5 peratus CoPA yang dicatatkan pada April - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini menandakan peningkatan sebanyak 2.6 peratus daripada 59.5 peratus CoPA yang dicatatkan pada April.

“Kerajaan menyasar untuk memastikan menjelang akhir tahun ini, kita akan mencapai sasaran 80 peratus CoPA,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada persidangan Invest Malaysia Siri 2 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata  semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di negara ini komited untuk mencapai sasaran itu.

MNO komited terhadap rancangan pelaksanaan 5G selain mengambil bahagian dalam perbincangan dengan pasukan petugas yang ditubuhkan bulan lepas, katanya.

“Perkara yang akan menjadi minat khusus bagi semua adalah peralihan kepada DwiRangkaian Borong (DWN), yang akan diterajui oleh entiti swasta,” katanya.

Fahmi juga menekankan kepentingan kerjasama antara pihak swasta dan awam selain pendekatan negara terhadap ekonomi digital dengan mengutamakan hasil yang memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan.

“Ini termasuk memastikan peningkatan produktiviti sebanyak 30 peratus di samping melonjakkan penerimagunaan e-dagang dalam kalangan usahawan mikro, kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata ekonomi digital dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2025 dan mewujudkan 500,000 pekerjaan.

Persidangan sehari yang mengangkat tema ‘Digital Malaysia: Infrastruktur Esok, Hari ini’ itu bertujuan memberikan gambaran yang lebih mendalam mengenai model 5G Malaysia selain menekankan kepentingan penyertaan dan perkongsian sektor swasta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad