web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hampir RM1 Bilion Diperoleh Sejak Penambahbaikan Syarat MM2H

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 1:09PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memperketat syarat penyertaan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tahun lepas bukan sahaja dapat mengekang aktiviti pengintipan, tetapi juga berjaya menambah nilai kewangan yang diperoleh negara menerusi program itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun jumlah permohonan menurun, nilai kewangan yang direkod dalam setahun sejak penambahbaikan itu adalah hampir RM1 bilion, menyamai nilai yang dicatat dalam tempoh lima tahun pelaksanaan program itu sebelum ini iaitu dari 2015 hingga 2019.

“Memang berlaku penurunan dari segi permohonan dan kelulusan... data 2019 sebelum (pandemik) COVID-19 mencatatkan yang memohon 3,900 orang, tetapi dengan syarat baharu, angka permohonan lebih kurang 2,000 iaitu penyusutan 50 peratus.

“Bagaimanapun kerana kita ketatkan syarat permohonan seperti simpanan tetap perlu ada RM1 juta,  sekarang ini terdapat sebanyak 375 permohonan yang telah diluluskan, ini bermakna terdapat RM375 juta telah ada dalam pasaran kewangan negara.

“Selain itu 800 lagi permohonan telah kita beri prakelulusan, yang memerlukan mereka melengkapkan satu dua dokumen lagi termasuk tapisan kesihatan dan sebaik diluluskan nanti kita, telah ada RM800 juta dalam akaun perbankan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai rasional perubahan terkini yang dilakukan terhadap program MM2H.

Katanya, selain simpanan tetap RM1 juta, pemohon juga perlu mempunyai aset cair sebanyak RM1.5 juta.

“Peserta juga kena lulus tapisan keselamatan. Sebelum ini ada yang lolos dalam program ini, rupanya dia terlibat aktiviti pengintipan. Sebab itu kita ketatkan syarat,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata langkah kerajaan mengubah syarat berkenaan, ditambah faktor kestabilan politik negara ketika ini, selain keindahan alam sekitar serta kebolehan rakyat bertutur pelbagai bahasa, telah berjaya menarik pesara-pesara daripada negara seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia untuk menyertai program itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar