web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PdPR, Getir Guru Tak Siapa Yang Tahu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 9:41AM

Mohd Asri Jusoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Kehadiran COVID-19 dalam peradaban manusia memberi impak negatif yang bukan sedikit, tidak hanya ke atas komuniti setempat tetapi melangkaui semua aspek kehidupan, termasuk ekonomi.

Pandemik yang dianggap terburuk pernah berlaku itu hampir melumpuhkan ekonomi, apabila sejumlah besar negara utama dunia mengalami krisis kewangan susulan pelaksanaan perintah berkurung bagi membendung penularan virus.

Malaysia tidak terlepas daripada menerima tempias COVID-19 ini, dengan kemerosotan teruk ke atas sektor penggerak pertumbuhan ekonomi, menyebabkan negara dijebak kemelut kewangan, antara yang terburuk sejak 1997.

Norma baharu mendasari situasi negara ketika ini, termasuk institusi Pendidikan apabila pembelajaran dan pengajaran terpaksa dialihkan ke dalam talian, demi melindungi kesihatan serta keselamatan ramai.

Pada ketika ramai menyangka guru seluruh negara pasti melompat keriangan kerana tidak perlu ke sekolah, tiada siapa yang tahu betapa pedihnya luka di hati mereka, apabila memikirkan mutu pengajaran pasti tidak secemerlang dahulu.

Inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegetiran buat golongan ini, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.

Sejak PdPR diperkenalkan, bukan sedikit suara sumbang mempertikaikan profesyen ini, seolah-olah mereka adalah golongan yang tidak pernah memberi sebarang sumbangan, walhal jasa dan bakti dicurahkan selama ini tidak ternilai dengan wang ringgit.

Sejak Januari 2021, kaedah ini menjadi lebih mencabar, serentak dengan jadual baharu digariskan Kementerian Pendidikan, yang mewajibkan semua guru mengadakan kelas sekurang-kurangnya lima kali sehari.

Bagaikan tidak cukup dengan beban yang sedia digalas, jadual baharu itu menambah kerunsingan masing-masing, tatkala memikirkan bahan dan intipati pengajaran, untuk memastikan setiap subjek beroleh liputan menyeluruh.

Dilabel ‘makan gaji buta’ dan ‘goyang kaki’, peranan mereka sebagai pendidik anak bangsa dilempar dengan sejuta cemuhan dan diperkotak katik  hanya kerana ibu bapa dan penjaga gagal melihat keberkesanan pelaksanaan PdPR.

Tersentak dengan reaksi masyarakat, Mohd Asri Jusoh, 31 menyifatkan tuduhan yang dilemparkan ke arah mereka sebagai amat keterlaluan.

Tenaga pengajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang itu berkata, stigma dan persepsi negatif yang menyelubungi kerjaya perguruan ketika ini tidak seharusnya berlaku, di kala mereka perlu membiasakan diri untuk beradaptasi dengan norma baharu.

“Kami sebagai tenaga pengajar turut berdepan masalah menggunakan aplikasi google meet apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggesa para pendidikan menggunakan aplikasi tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan pembelajaran,” ujarnya yang kini merupakan tenaga pengajar untuk calon peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020 dan 2021.

Graduan Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Victoria di Wellington, New Zealand itu menjelaskan, barisan guru berdepan cabaran tersendiri, khususnya membabitkan arahan kementerian yang tidak konsisten dan relevan dengan situasi semasa.

“Pada 3 Februari lalu, kami menerima surat pekeliling daripada kementerian supaya mengajar lima subjek yang berbeza sehari dan ia amat mengejutkan.

“Mereka seolah-olah tidak ambil maklum dengan tugasan dan tanggungjawab kami, sedangkan setiap seorang guru sedia memiliki silibus serta skop tugasan berbeza,” katanya kepada Getaran.

Mohd Asri berkata, beliau sendiri perlu memberi perhatian kepada calon SPM untuk sesi 2020 dan 2021 yang semestinya membabitkan dua silibus berbeza, justeru adalah mustahil untuk memastikan setiap pelajar mematuhi semua arahan diberikan dengan baik.

“Kami juga berdepan kekangan yang sama dengan pelajar iaitu kuota dan capaian internet, lebih-lebih lagi jika berada di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau menarik perhatian, satu cadangan pernah dikemukakan kepada kementerian agar menimbangkan kemungkinan menganjurkan TV Pendidikan, bagi membolehkan guru dan pelajar sama-sama beroleh manfaat.

Namun jelas beliau, apa yang berlaku adalah pertambahan jadual tugasan tanpa memberikan rasional di sebalik keputusan berkenaan.

Komitmen jitu golongan pendidik itu jelas membuktikan mereka bukan sahaja bertanggungjawab dengan amanah dalam menyampaikan ilmu, malah sanggup berkorban masa, tenaga atau wang demi memastikan murid dan pelajar dapat menimba ilmu biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

 Chelva Letchmanan bersama murid-muridnya sebelum PdPR dilaksanakan
Chelva Letchmanan bersama murid-muridnya sebelum PdPR dilaksanakan

Dalam perkembangan berkaitan, konteks lain, guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJKT Ladang Batak Rabit, Teluk Intan, Perak, Chelva Letchmanan, 29, berkongsi pengalaman berbeza apabila terpaksa berhadapan dengan murid yang menghuni kawasan luar bandar.

“Saya baru dipindahkan di sekolah ini pada awal Januari 2021 dan mempunyai cabaran apabila ibu-bapa pelajar tidak mempunyai kelengkapan peranti mudah alih  untuk membuat sesi pembelajaran atas talian.

“Kami tidak menyalahkan ibu bapa, sebab kemungkinan mereka tidak mampu untuk membeli peralatan teknologi yang canggih. Kita tidak boleh memaksa penjaga untuk mengeluarkan modal sendiri memandangkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.

“Justeru, kami memutuskan untuk melaksanakan PdPR dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dalam membantu pembelajaran murid ni sekolah ini,” jelas Chelva.

Chelva yang sudah berkhidmat sebagai guru selama lima tahun itu berkata, pandemik COVID-19 ini memberikan satu cabaran getir buat para guru bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran.

Apa pun senario yang melingkari isu ini, golongan guru pada akhirnya tersepit di tengah-tengah dan tetap akan dipersalahkan, dalam apa juga keadaan.

Apa yang nyata kehadiran virus COVID-19 bukan sekadar menghakis kesihatan awam, tetapi turut membunuh status mulia profesion perguruan ekoran kecenderungan rakyat melemparkan stigma negatif terhadap kerjaya itu. – Getaran, 6 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad