web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPV WTCKL Kembali Sesak, Penerima AstraZeneca Penuhi Premis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 6:08PM

Orang ramai sedang menunggu giliran untuk sesi konsultasi sebelum menerima suntikan vaksin AstraZeneca PPV WTCKL hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kembali sesak dengan kehadiran orang ramai, susulan proses imunisasi secara besar-besaran membabitkan 8,100 penerima di semua PPV terlibat hari ini.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, PPV berkenaan kembali beroperasi hari ini selepas cuti Hari Raya Aidilfitri sejak tiga hari lalu.

Menurut CITF, kesesakan juga disumbangkan oleh kehadiran penerima yang lebih awal berbanding waktu temu janji sebenar.

“Sebagai contoh, ada penerima yang datang seawal jam 2 petang sedangkan slot masa ditetapkan hanya pada jam 6 iaitu empat jam kemudian.

Orang ramai mendengar arahan daripada pegawai bertugas di PPV WTCKL. - Gambar oleh Syeda Imran
Orang ramai mendengar arahan daripada pegawai bertugas di PPV WTCKL. - Gambar oleh Syeda Imran

“Ada juga individu yang tidak membuat tempahan slot tetapi tetap berdegil mencuba nasib secara walk-in, sekali gus menjadikan keadaan lebih sesak,” kata CITF.

Sehubungan itu orang ramai turut diminta untuk tidak hadir terlalu awal ke PPV berbanding slot masa ditetapkan.

“Tolong hadir hanya 15 hingga 30 minit awal dari masa yang ditentukan sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi diri daripada penularan COVID-19 ini.

“Penerima vaksin juga perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta petugas PPV,” katanya.

Orang ramai berada di ruang menunggu sebelum dibenarkan masuk ke dewan PPV mengikut stesen yang dikhaskan di PPV WTCKL. - Gambar oleh Syeda Imran
Orang ramai berada di ruang menunggu sebelum dibenarkan masuk ke dewan PPV mengikut stesen yang dikhaskan di PPV WTCKL. - Gambar oleh Syeda Imran

Sementara itu, aktres veteran Susan Lankaster menerusi satu ciapan di Twitter melahirkan kekaguman apabila melihat proses pemberian vaksin berjalan dengan begitu lancar dan tersusun.

“Semuanya diatur dengan bagus dan teratur, bahkan tidak terasa jarum vaksin itu mencucuk lengan.

“Selamat maju jaya kepada semua sukarelawan dan terima kasih atas kesabaran mereka melayan semua penerima dengan baik kerana saya tahu, tidak mudah berurusan dengan sebegitu ramai orang,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Semalam CITF menerusi satu laporan memberitahu, kapasiti PPV di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinaikkan kepada 1,300 sehari berbanding hanya 900 sebelum ini, manakala Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) yang dijadualkan mula beroperasi 24 Mei nanti memiliki kapasiti 3,000 dos sehari.

Proses vaksin AstraZeneca kali kedua berlangsung selama lima hari bermula semalam, dengan kapasiti sebanyak 8,100 suntikan vaksin AstraZeneca sehari. - Getaran, 16 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad