web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKR Kenal Pasti 38 Projek Sakit Seluruh Negara - Abdul Rahman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 6:28PM

Sebanyak 38 daripada 717 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai 'projek sakit'. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Sebanyak 38 daripada 717 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara, dikenal pasti sebagai 'projek sakit', kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau berkata walaupun terdapat beberapa projek terpaksa terhenti seketika berikutan masalah yang dihadapi, namun pihaknya sentiasa menasihati kontraktor supaya segera mengatasi masalah terbabit, untuk mengelakkan daripada membayar denda kerana lewat dan sebagainya.

“Antara punca projek mengalami kelewatan ialah Perintah Kawalan Pergerakan (bagi projek bermula 2019), kekurangan tenaga buruh dan juga isu lot tanah yang perlu dipindah milik.

“Kita sentiasa pantau semua kategori projek di seluruh negara termasuk pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan sebagainya supaya ia disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Jenis 7 di Klinik Kesihatan Mata Ayer, di sini hari ini, yang disempurnakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata setakat ini sebanyak 72 projek membabitkan fasiliti kesihatan sedang dalam pembinaan.

“Segala projek babitkan fasiliti kesihatan ini kita tambah baik dan antara usaha yang dilaksanakan ialah Program Sijil Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK), yang berlangsung di Melaka pada 29 Mei lalu.

“Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan satu kriteria yang lebih ketat dan menyeluruh, bagi pelantikan kontraktor khusus untuk projek fasiliti kesihatan demi memperkasakan infrastruktur sektor kesihatan negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad