web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TMP2024: Perak Mahu Tarik Lebih Banyak Penerbangan Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 11:24AM

Loh Sze Yee - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan negeri bercadang menarik lebih banyak penerbangan antarabangsa ke Perak dalam usaha menggalakkan kemasukan pelancong asing sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee berkata perkara itu menjadi antara fokus pihaknya bagi merancakkan industri pelancongan negeri ini. 

"Perak perlu menjadi sebuah negeri yang diyakini oleh pelancong untuk melancong, tidak kira daripada negara mana sekali pun perlu ada strategi mapan daripada kedua-dua pihak. 

"Sebagai contoh Vietnam, ada lapangan terbang mereka yang statusnya lebih kurang sama seperti di Ipoh untuk kita wujudkan sebuah pakej pelancongan yang efektif, murah dan berbaloi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Trip Batik Air Vietnam ke Perak dekat sini, malam tadi. 

Terdahulu Loh meraikan 30 pemain industri pelancongan Vietnam pada program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Ho Chi Minh City dan Batik Air di Lost World of Tambun. 

Sze Yee berkata usaha itu memerlukan tempoh masa yang agak panjang apatah lagi negara masih dalam fasa peralihan ke endemik susulan COVID-19.

"Kita perlu tahu juga kesediaan dan komitmen syarikat penerbangan yang kita tahu mengalami zaman gelap ketika pandemik dan kini industri penerbangan negara berusaha menangani kesan selepas pandemik, jadi kita perlu tunggu respon mereka," katanya. 

Perak menyasarkan kemasukan lapan juta pelancong domestik ke negeri ini sempena TMP 2024 dan kerajaan negeri optimis ia mampu dicapai dengan program pelancongan menarik yang ditawarkan, selaras dengan proses pemulihan daripada pandemik COVID-19.

TMP 2024 menawarkan ‘Pelancongan Pemulihan dan Pemuliharaan’ bertujuan merangsang pendapatan ekonomi menerusi pelancongan dan menyumbang kembali kepada ekologi dan pemulihan alam sekitar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad