web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:49PM

V. Muraleedharan mengadakan perjumpaan pada Majlis Makan Tengah Hari anjuran Malaysia India Business Council (MIBC) dan Consortium of Indian Industries in Malaysia (CIIM) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia untuk mengambil pekerja dari India akan dimuktamadkan tidak lama lagi, kata Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar India V. Muraleedharan di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

"Kami sedang dalam proses memuktamadkan teks MoU pekerjaan, pengambilan dan penghantaran pulang pekerja antara kedua-dua negara untuk ditandatangani. Saya yakin ini akan membuka jalan untuk memperkemas pergerakan pekerja dari India ke Malaysia dan memberi perlindungan dan hak yang lebih baik kepada mereka," kata Muraleedharan pada suatu majlis masyarakat India.

Kini terdapat lebih 225,000 warga India berada dan bekerja di Malaysia.

Menteri itu mengadakan beberapa pertemuan dengan persatuan-persatuan masyarakat India di Malaysia dan kumpulan masyarakat ekspatriat pada hari pertama lawatannya ke Malaysia dari 1 dan 2 Jun.

Muraleedharan berkata kerajaan India kini menyantuni masyarakat India di luar negara untuk mendapatkan penyertaan mereka dalam apa yang disebutnya sebagai "transformasi hebat India baharu".

"Saya mengajak anda untuk menyertai usaha transformatif ini," katanya.

Muraleedharan memuji peranan komuniti diaspora dalam mempromosi hubungan rapat antara India dan Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar