web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Umat Islam Harus Tumpah Taat Setia Kepada Agong Dalam Pertahan Keharmonian, Kestabilan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 3:11PM

Menerusi khutbah khas bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi” mimbar menjelaskan mentaati pemerintah merupakan satu dari tuntutan agama seperti yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seluruh rakyat bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta bersama-sama kepimpinan negara dalam memelihara dan mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.

Menerusi khutbah khas bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini, yang bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi” mimbar menjelaskan mentaati pemerintah merupakan satu dari tuntutan agama seperti yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

“Rakyat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjaga dan mempertahankan kestabilan negara. Justeru, inilah tanggungjawab dan kewajipan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membuahkan natijah yang menyeluruh kepada semua.

“Titah pesanan yang telah disampaikan oleh baginda Tuanku harus menjadi pegangan yang sentiasa tersemat dalam sanubari kita supaya kita rasa bertanggungjawab menjadi warganegara yang baik dan bekerjasama memakmurkan negara tercinta ini,” menurut khutbah tersebut.

Khutbah turut menyentuh mengenai pemerintahan Seri Paduka yang rakyat telah menyaksikan dan menikmati bermacam bentuk kebijaksanaan dan keadilan baginda yang mengurus tadbir dan menyelesaikan banyak isu dan konflik yang timbul - Gambar Fail
Khutbah turut menyentuh mengenai pemerintahan Seri Paduka yang rakyat telah menyaksikan dan menikmati bermacam bentuk kebijaksanaan dan keadilan baginda yang mengurus tadbir dan menyelesaikan banyak isu dan konflik yang timbul - Gambar Fail

Teks khutbah khas berkenaan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Khutbah turut menyentuh mengenai pemerintahan Seri Paduka yang rakyat telah menyaksikan dan menikmati bermacam bentuk kebijaksanaan dan keadilan baginda yang mengurus tadbir dan menyelesaikan banyak isu dan konflik yang timbul.

"Baginda telah bertindak sebagai perekat sosial yang mencantumkan semangat keakraban dan kesepaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Baginda sangat menekankan semangat muhibah dan semangat saling menghormati antara kaum yang menjadi asas kepada kestabilan negara," menurut khutbah itu.

Khutbah juga menekankan bahawa peranan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu sangat penting dalam memastikan Islam tetap diletakkan pada kedudukannya yang tertinggi dalam pemerintahan negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Peranan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu sangat penting dalam memastikan Islam tetap diletakkan pada kedudukannya yang tertinggi dalam pemerintahan negara  sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara - Gambar Fail
Peranan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu sangat penting dalam memastikan Islam tetap diletakkan pada kedudukannya yang tertinggi dalam pemerintahan negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara - Gambar Fail

“Menerusi sistem Raja Berperlembagaan, Raja diletakkan pada kedudukan paling tinggi dan memiliki fungsi bukan sahaja melindungi agama, tetapi menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan seluruh masyarakat.

"Kuasanya melangkaui kepentingan politik, yang keputusan atau titah perintahnya berasaskan kepada kepentingan negara, kesejahteraan rakyat, pelindung perlembagaan dan sebagainya,” menurut khutbah itu.

Khutbah turut menyatakan bahawa apa sahaja perkara yang berlaku sepanjang pemerintahan Seri Paduka merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dipadam dan dinafikan termasuk ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan besar kepada struktur kesihatan awam, ekonomi, pendidikan dan pentadbiran selain perubahan landskap politik yang drastik.

"Namun, atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda serta berkat hidayah dan rahmat Allah SWT membolehkan kita semua bangkit dan mempertahankan kestabilan dan kesejahteraan negara tercinta ini," menurut khutbah itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad