web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Sanusi Langgar Perlembagaan Persekutuan, Gugat Perpaduan Negara – Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 12:33PM

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa negeri itu milik Kedah bukan sahaja melanggar Perlembagaan Persekutuan, malah turut menggugat perpaduan negara.

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan memberikan keabsahan kepada kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada 13 negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata, ia boleh dilihat menerusi Jalur Gemilang yang mempunyai bintang pecah 14 dan 14 jalur yang melambangkan 13 negeri termasuk Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

“Jata Negara Malaysia ada imej pokok pinang dan jambatan Pulau Pinang yang mewakili negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, Pulau Pinang dan Kedah sudah mewartakan enakmen negeri yang meletakkan sempadan negeri di "garis pusat" Sungai Muda pada 1985,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau lagi, enakmen negeri menyatakan sebahagian daripada Sungai Muda dimiliki oleh Pulau Pinang, maka Pulau Pinang berhak untuk menimba air dari Sungai Muda.

Malah, katanya, terdapat batu penanda sempadan di Pinang Tunggal yang bertujuan membahagikan kawasan antara Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan terbaru Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang di bawah hak milik Kedah yang mana ketika ini Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan negeri tersebut.

Kelmarin, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah-Perlis, mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

"Jadi tak dak la (tiada) sempadan Kedah Pulau Pinang tu, sempadan negeri kita (Kedah) dok sebelah Balik Pulau, dengan Perak mungkin ada... nak ukur kat mana, nak pakai warta (undang-undang) nombor berapa?" katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi tidak mahu meneliti, tidak mahu mendengar dan tidak ambil peduli mengenai fakta sebenar.

Lebih malang lagi, katanya, Muhammad Sanusi dalam keadaan sedar membuat kenyataan bahawa "Pulau Pinang masih hak Kedah", sekali gus membayangkan dasar PAS kini adalah untuk meletakkan Pulau Pinang di bawah negeri itu.

“Dengan pendirian sedemikian, kenapa PAS masih nak tanding di Pulau Pinang dan bagaimana PAS boleh mewakili rakyat Pulau Pinang?

“Kita juga mahu tahu adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Pulau Pinang dan rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) iaitu BERSATU dan Gerakan akan bangun mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang dan hak anak negeri Pulau Pinang, menentang kenyataan Sanusi, dan meminta beliau minta maaf kepada rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Susulan itu, Guan Eng berkata, kenyataan Muhammad Sanusi bukan sahaja mengguris hati dan menghina rakyat Pulau Pinang, malah beliau turut mencabar kedaulatan Pulau Pinang, menggugat perpaduan negara serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Demi pilihan raya negeri, beliau sanggup menghasut sentimen orang ramai. Beliau bukan sosok yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam negara ini dan menjadi pemimpin yang sangat berbahaya kepada negara.

“Saya berharap rakyat Pulau Pinang dapat melihat dengan jelas wajah sebenar PN. Ini aksi untuk elak rakyat fokus kepada kegagalan pemimpin negeri terutamanya isu air.

“Saya juga percaya rakyat Pulau Pinang mempunyai mata yang tajam dan pastinya akan melindungi Pulau Pinang dari kerakusan kuasa pemimpin PN,” katanya. – Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek