web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah Kongsi 8 Pintu Musnah Dalam Kebakaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 9:36AM

Kebakaran membabitkan lapan pintu rumah kongsi termasuk beberapa stor menyimpan kabel dan petrol itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.31 malam tadi. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah tapak pembinaan musnah dalam satu kebakaran di Bertam, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Mohamed Azuani Mat Yusuf berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan lapan pintu rumah kongsi termasuk beberapa stor menyimpan kabel dan petrol itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.31 malam tadi.

"Kira-kira 100 mangsa membabitkan buruh binaan warga asing tinggal di rumah kongsi berkenaan namun tiada yang dilaporkan cedera ketika kejadian," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata 14 anggota daripada BBP Tangga Batu, Cheng dan Ayer Keroh terlibat dalam operasi itu termasuk tiga jentera pemadaman.

Katanya antara masalah dihadapi pasukan penyelamat adalah ketiadaan bekalan sumber air kerana taman perumahan itu masih dalam pembinaan dan pihaknya menggunakan bekalan air sepenuhnya daripada jentera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad