web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 2:08PM

Fahmi Fadzil (tengah) dan Teo Nie Ching bersama pasukan urus setia gerai pameran The Vibes dan Getaran - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Di sebalik kesibukan jadual tugas mereka, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta timbalannya, Teo Nie Ching tetap meluangkan masa melawat gerai pameran agensi kerajaan dan media sempena Hari Wartawan Malaysia (HAWANA) 2023 yang berlangsung di Pasar Raya Mydin di sini, hari ini.

Mereka meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi mendengar penerangan daripada urus setia di setiap gerai pameran dan beramah mesra bersama.

Fahmi turut merakamkan sendiri swafoto bersama urus setia, termasuk wartawan di setiap gerai pameran.

Kira-kira 20 gerai pameran dibuka sempena HAWANA 2023 di lokasi itu, antaranya milik syarikat media, The Vibes, Getaran, Bernama dan RTM.

Manakala, agensi kerajaan yang mengambil bahagian, termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Cyber Security Malaysia.

Kehadiran Fahmi dan Nie Ching ke gerai pameran The Vibes dan Getaran, disambut Ketua Pengarang Petra News merangkap Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez dan Editor Gaya Hidup dan Budaya The Vibes, Shazmin Shamsuddin.

Terence dan Shazmin memberi penerangan kepada Fahmi serta Nie Ching mengenai perkhidmatan ditawarkan The Vibes dan media berbahasa Melayu, Getaran, iaitu dua portal berita di bawah Petra News.

Kehadiran Fahmi dan Nie Ching ke gerai pameran The Vibes dan Getaran disambut Terence Fernandez (kiri) dan Shazmin Shamsuddin - Gambar oleh Azim Rahman
Kehadiran Fahmi dan Nie Ching ke gerai pameran The Vibes dan Getaran disambut Terence Fernandez (kiri) dan Shazmin Shamsuddin - Gambar oleh Azim Rahman

Ketika mengulas mengenai gerai pameran The Vibes dan Getaran, Fahmi merakamkan ucapan penghargaan di atas pembabitan agensi terbabit sebagai antara media yang menyertai HAWANA 2023.

Malah, beliau mengucapkan syabas di atas komitmen organisasi media berkenaan.

Well done (syabas) and thank you (terima kasih),” katanya.

Sambutan utama HAWANA yang bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ berlangsung di Ipoh, Perak semalam hingga esok.

Acara itu diadakan bagi memberi penekanan terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

Pelbagai program menarik berbentuk karnival diadakan sepanjang tiga hari acara itu yang turut membabitkan pelbagai agensi keusahawanan dan pelancongan di negeri berkenaan, bagi mempromosikan produk masing-masing.

Majlis Kemuncak HAWANA akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Berhubung sambutan HAWANA, ia bukan sahaja hari istimewa bagi menghargai media, tetapi peluang kepada pengamal bidang komunikasi itu untuk bertemu dan beramah mesra, selain bertukar pandangan serta mengadakan perbincangan bersama masyarakat tempatan.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium untuk membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin dilaporkan berkata, HAWANA 2023 dilihat mampu mewujudkan situasi menang-menang antara media dan kerajaan dalam konteks kebebasan media.

Katanya, ia kerana media memerlukan sebuah kerajaan yang membenarkan mereka menjalankan tanggungjawab secara bebas, manakala kerajaan pula memerlukan media dalam membantu pembangunan negara.

“Tema HAWANA 2023 kali ini jelas menggambarkan bagaimana sesebuah negara demokrasi itu, di belakangnya adalah satu media yang bebas. Di Malaysia, kebebasan media ini amat digalakkan.

“Jadi dalam usaha ini, kita mengharapkan wujud kerjasama baik yang berterusan antara kedua-dua pihak (media dan kerajaan),” katanya baru-baru ini seperti dilaporkan media.

Roslan berkata, situasi media di Malaysia berada pada kedudukan baik dan ini dapat dibuktikan apabila negara berada di tangga ke-73 menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2023, malah tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

“Kita berjaya memperbaiki indeks kebebasan akhbar itu berbanding tahun lepas yang berada pada kedudukan 113 daripada 180 negara.

“Itu yang dikatakan sebuah media bebas akan memberikan kelebihan kepada sesebuah negara,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad