Berita Terkini

2 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi 3 jam yang lalu: Cadangan naikkan harga lantai getah sekerap RM3 sekilogram dibawa ke MOF - Fadillah 3 jam yang lalu: Agong, Permaisuri zahir rasa sukacita, bangga kepada pelajar OKU, B40 cemerlang dalam SPM 2022 3 jam yang lalu: Imigresen Indonesia, Malaysia cari penyelesaian isu PATI 3 jam yang lalu: Perkasa TVET: KPT timbang tubuh politeknik swasta diterajui pihak industri bagi tingkat kebolehpasaran graduan - Khaled Nordin

IKUTI KAMI


HAWANA 2023 Himpun Lebih 1,000 Pengamal Media Di Perak

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:27PM

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, pelbagai perancangan diatur untuk fraterniti dan pakar industri media bersempena dengan sambutan HAWANA 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kira-kira 1,000 pengamal media khususnya wartawan termasuk dari beberapa negara ASEAN akan berkumpul di sini esok bagi menjayakan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bertujuan menghargai sumbangan serta jasa golongan berkenaan dalam pembangunan negara. 

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, pelbagai perancangan diatur untuk fraterniti dan pakar industri media bersempena dengan sambutan HAWANA 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok, manakala kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad di Hotel Casuarina Meru.

Sambutan HAWANA 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Bagi menyemarakkan HAWANA 2023, sambutan esok bermula dengan acara mencari harta karun disertai kira-kira 150 peserta daripada pelbagai agensi media yang akan memulakan perjalanan dari Wisma Bernama di Kuala Lumpur seawal 7 pagi selepas konvoi dilepaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Konvoi “Media Hunt HAWANA” melibatkan lebih 30 kereta itu akan melalui antaranya Tanjung Malim, Gopeng dan Kuala Kangsar sebelum dijangka tiba di sini pada 3 petang, manakala acara penyampaian hadiah dijadualkan pada Ahad ini. 

Selain itu, bagi mengukuhkan lagi persahabatan antara petugas media, satu kejohanan boling akan diadakan di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City di sini, esok melibatkan dua kategori iaitu berpasukan dan pegawai kanan. 

Kira-kira 100 pengamal media mewakili 18 pasukan akan bertanding di bawah kategori berpasukan dengan sembilan daripadanya ialah media dari Perak manakala empat lagi pemain akan berentap dalam kategori pegawai kanan. 

Pada Ahad, satu forum media anjuran bersama Bernama dengan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) akan diadakan dengan disertai kira-kira 150 peserta merangkumi wartawan, koresponden dan ahli akademik dari Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia, China, Jepun, Kuwait selain Malaysia. 

Forum bertemakan “Masa Depan Media” itu akan dirasmikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, disusuli slot pertama bertajuk “Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital”.

Empat ahli panel dijemput bagi membicarakan perkara berkenaan iaitu Ketua Pengarang The Jakarta Post M Taufiqurrahman, Penasihat Kanan Persatuan Pengiklan Malaysia Mohammad Kadri Taib, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group yang juga Pegawai Transformasi Teknologi dan Operasi, Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Nicholas Sagau serta Ketua Pegawai Eksekutif Mindshare Group S. Sheila.

Slot kedua yang membincangkan tajuk “Kewartawanan Dalam Dunia Digital” pula membariskan tiga ahli panel iaitu Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Suhaimi Sulaiman, Pengurus Negara AFP bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei Alric Manickam dan Strategis Jenama Brandzperts Andrew Ambrose. 

Pada sebelah petang, tumpuan pastinya kepada ucapan perasmian Perdana Menteri selain beliau juga akan menyampaikan Anugerah HAWANA 2023 kepada seorang penerima sebelum menyampaikan bantuan Tabung [email protected] kepada tiga penerima terdiri daripada wartawan veteran yang menghadapi masalah daripada aspek kesihatan dan kesukaran hidup.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada tiga pengamal media di Perak membaca khutbah Jumaat bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-Nilai Islam” di tiga masjid di negeri ini, hari ini.

Bagi memeriahkan sambutan HAWANA 2023, satu Karnival Mini diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang di Mydin Mall Meru selama tiga hari bermula esok yang disertai 14 agensi kerajaan dan swasta iaitu Bernama, Jabatan Penerangan Malaysia, RTM, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Tourism Perak.

Turut terlibat Media Sarawak, The Vibes.Com & Getaran.My, Cybersecurity Malaysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Institut Darul Ridzuan, Majlis Daerah Selama, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan PerakFM.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Tugas Wartawan Bukan Sekadar Lapor Berita, Berperanan Cetus Idea Bangun Negara – PM

2

Luar Negara 6 hari yang lalu

Perdana Menteri Belgium Cedera Dalam Kemalangan Basikal

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Undang-Undang 'Drakonian' Sekat Kebebasan Media: Jadi Duri Dalam Daging Majlis Media?

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pendirian Saya Konsisten, Nak Bantu Kemenangan UMNO, Bukan DAP - Isham

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi 4 Bulan Maut Dalam Jagaan Pengasuh, Alami Kecederaan Parah Di Kepala

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sivasangari Tewaskan Aifa Untuk Ke Separuh Akhir Kejohanan Asia

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Perlu Dijenama Semula, Jadi Parti Masa Depan - Perwakilan