web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muat Naik Hantaran Twitter Hina Raja, Perkauman, Lelaki Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:08AM

Polis menahan seorang pemilik akaun Twitter semalam, selepas disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi raja dan bersifat perkauman - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemilik akaun Twitter semalam, selepas disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi raja dan bersifat perkauman.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang menggunakan akaun Twitter bernama @haziqmahmur9, ditahan di Seremban, Negeri Sembilan.

Katanya, turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

“Siasatan (turut) dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sudah dibuat.

“Tempoh tahanan reman dibenarkan selama tiga hari, iaitu bermula pada 25 Mei (semalam) hingga esok,” katanya.

Noorsiah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit, sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian negara, terutama membabitkan isu 3R, iaitu bangsa (race), agama (religion) dan raja (rulers).

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad