web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Semak Semula Beberapa Perjanjian Antarabangsa Untuk Lonjakkan Industri Angkasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 6:41PM

Fadillah Yusof - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Malaysia sedang menyemak semula secara aktif beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan sektor angkasa untuk meningkatkan lagi industri angkasa negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Beliau berkata langkah itu dibuat berikutan pandangan positif Malaysia terhadap kerjasama dengan negara-negara lain dalam rantau ini bagi mengambil peluang ke atas pelbagai peluang sosioekonomi dengan kelebihan daya saing kos dalam capaian angkasa. 

“Sebagai contoh, perkhidmatan pengeluaran angkasa untuk bahan pembangunan dan penyelidikan, farmaseutikal dan bioteknologi, gentian optik dan pembuatan semikonduktor boleh mendapat manfaat daripada keadaan dan keupayaan unik teknologi angkasa bagi meningkatkan proses pembuatan, membangunkan bahan ‘novel’ dan keupayaan teknologi maju.  

Saya mengalu-alukan setiap negara di rantau ini untuk bersama-sama menyumbang mengikut kekuatan dan kepakaran masing-masing dengan sasaran untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai sebuah rantau angkasa yang maju setanding dengan sektor angkasa yang lebih maju di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sebelum melancarkan Pelan Strategik Industri Angkasa Malaysia 2030 (SISP 2030) dan Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di  Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Sementara itu, Fadillah berkata SISP 2030 akan menjadi panduan kepada pembangunan industri angkasa Malaysia sambil memupuk daya maju dan saing seiring dengan Dasar Angkasa  Negara.

“Pelan menyeluruh ini akan membantu industri angkasa Malaysia dalam mengenal pasti bidang-bidang keutamaan, pembangunan dan penyelidikan, pengkomersialan dan aktiviti inovasi dalam mewujudkan sebuah ekosistem industri angkasa yang lestari dan meliputi keseluruhan rantaian nilai.

Industri Angkasa Malaysia sedang mengalami pertumbuhan pesat dan dengan lebih 60 syarikat berkaitan angkasa menjana jumlah pendapatan RM1.36 bilion dalam 2021, sektor ini telah menyaksikan kemajuan luar biasa dan mempunyai potensi ketara untuk menyumbang lagi kepada ekosistem angkasa yang strategik kepada negara,” kata Fadillah.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata Malaysia berdiri teguh menyokong Matlamat Pembangunan  Lestari (SDG) dan agenda Angkasa2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang  menggunakan teknologi angkasa untuk mencapai SDG sambil menangani cabaran masyarakat seterusnya meningkat pembangunan dan kesejahteraan insan.

“Malaysia juga mendukung prinsip bahawa angkasa lepas, termasuk bulan dan lain-lain jasad cakerawala merupakan warisan bersama manusia. Oleh itu Malaysia menyokong penggunaan secara aman angkasa lepas untuk kebaikan semua negara tanpa mengira pembangunan ekonomi dan saintifik mereka," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 bulan yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad