web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saifuddin Tunggu Laporan Penuh Serbuan Kedai Swatch Sebelum Beri Komen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 1:38PM

Saifuddin memberitahu Associated Press, beliau sedang menunggu laporan penuh mengenai serbuan itu sebelum memberikan sebarang komen mengenainya. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih membisu buat masa ini berhubung serbuan di beberapa cawangan kedai Swatch di seluruh negara bagi merampas koleksi jam tangan bertemakan Pride jenama itu.

Saifuddin memberitahu Associated Press bahawa, beliau sedang menunggu laporan penuh mengenai serbuan itu sebelum memberikan sebarang komen mengenainya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serbuan yang dilaporkan dilakukan pada 13 dan 14 Mei lalu.

Rakyat Malaysia memberikan reaksi berbeza mengenai serbuan itu, dengan ada yang mengatakan bahawa kementerian menggunakan sumbernya dengan lemah manakala ada yang berpendapat ia dilakukan secara sah kerana jam tangan bertemakan Pride berkaitan dengan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Pendirian kerajaan, bagaimanapun, sentiasa mereformasi individu LGBT, terutamanya jika mereka beragama Islam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengendalikan isu berkaitan LGBT membabitkan individu beragama Islam di negara ini.

Beliau berkata, jawatankuasa khas itu ditubuhkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bersidang sekali setahun atau mengikut keperluan.

“Komuniti LGBT ada hak untuk mengamalkan gaya hidup mereka tetapi masih tertakluk kepada undang-undang yang tidak membenarkan perlakuan tersebut di Malaysia.

“Bagaimanapun, kerajaan tetap tidak mendiskriminasi mana-mana kumpulan, termasuklah LGBT, untuk menikmati hak asasi mereka seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia termasuk hak untuk pendidikan, mengamalkan agama dan hak untuk bekerja selaras dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawan bertulis di Dewan Rakyat.

Sebelum serbuan itu, satu hantaran di Facebook mengaitkan koleksi jam tangan itu dengan kumpulan Coldplay dan LGBT Pride dari Britain, ketika vokalis Chris Martin mengibarkan bendera pelangi dalam konsert sebelum ini.

Penganjuran konsert Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November ini mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan segelintir tokoh politik dan pemimpin agama yang mendakwa ia akan  mempromosikan budaya hedonisme.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr mengecam tindakan kementerian itu dengan mengatakan, penggunaan warna pelangi tidak boleh dianggap berbahaya kepada sesiapa. – Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad