web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Tubuh Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 6:36PM

Abang Johari Tun Openg - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Sarawak akan menubuhkan Lembaga Penjaga yang dianggotai oleh lapan pakar kewangan dan pelaburan bagi menguruskan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak secara profesional .

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri kini dalam proses mengenal pasti individu terbabit yang boleh bertugas dengan profesional serta telus untuk memastikan dana itu dapat diurus sebaik mungkin.

“Kita perlu meneliti aspek personaliti, integriti dan latar belakang profesional itu untuk menggalas tugas dalam lembaga pengarah. Mereka bukan hanya rakyat Sarawak dan bukan sahaja rakyat Malaysia.

“Lembaga ini adalah multinasional dan merangkumi mereka yang berpengalaman dalam pasaran modal serta modal permulaan awal yang pelbagai,” katanya kepada pemberita pada acara Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Abang Johari berkata penubuhan dana kekayaan tersebut juga berpandukan Prinsip Santiago bagi memastikannya dapat membantu mengekalkan sistem kewangan global yang stabil selain aliran modal dan pelaburan secara bebas.

Dari segi pengurusan dana, kerajaan negeri akan turut memastikan hasil pulangannya dapat dimanfaatkan untuk terus memaksimumkan dana tersebut.

Terdahulu dalam ucap tamanya, Abang Johari menjelaskan bahawa dana itu akan menggunapakai model pemaksimum modal dan berdasarkan dana kekayaan Norway -- Dana Pencen Global Kerajaan Norway yang mempunyai saiz dana US$1.25 trilion (US$1=RM4.56).

Malah, model sama turut digunapakai oleh Perbadanan Dana Kekal Alaska (dengan saiz dana US$70.6 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dengan semua negara terbabit mempunyai hasil daripada sumber minyak dan gas seperti Sarawak.

“Saya juga sedar bahawa dana kekayaan berdaulat ini turut menjadi strategi bagi sebahagian besar negara untuk melabur lebihan modal ke dalam pasaran serta pelaburan lain.

“Sehubungan itu, kita perlu membangunkan kekayaan untuk Sarawak apabila simpanan minyak dan gas semakin berkurangan di masa depan,” katanya.

Sarawak menubuhkan dana tersebut dengan peruntukan awal RM8 bilion dalam usaha memperkukuh kemampanan kewangan negeri.

Pada 22 November lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak 2022. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad