web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangunan Lama KWSP Terbakar Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 11:47AM

Bangunan tersebut pernah terbakar pada 12 Februari 2018 dan sejak itu ia tidak lagi digunakan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar sekali lagi, hari ini.

Bangunan tersebut pernah terbakar pada 12 Februari 2018 dan sejak itu ia tidak lagi digunakan.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 10.39 pagi tadi mengenai kejadian kebakaran itu.

“Lapan jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.45 pagi.

“Kebakaran membabitkan tingkat empat serta lima bangunan berkenaan dan api dapat dikawal pada jam 11.08 pagi,” katanya.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran ini.

Dalam kebakaran di bangunan sama pada 2018 itu, ia dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika itu, Datuk Soiman Jahid berkata, bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu 'polyfoam' yang mudah terbakar.

Gambar oleh Abdul Razak Latif
Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-mana pihak.

“Kebakaran bermula dari tingkat satu yang sedang dijalankan kerja penyelenggaraan. Ditambah pula keadaan angin serta cuaca panas yang turut menjadi pendorong kepada kejadian tersebut," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ia kali pertama kejadian kebakaran melibatkan 'cladding' (bahan pelapis) yang mudah terbakar berlaku di negara ini.

Katanya, mana-mana bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

“Secara tidak langsung, bangunan (KWSP) telah melanggar undang-undang ini,” katanya. – Getaran, 22 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad