web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disyaki Seleweng Dana Negara: Mantan Menteri, Tan Sri Disoal Siasat Sekali Lagi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 3:52PM

Gambar oleh Azim Abdul Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disoal siasat berhubung dakwaan penyelewengan dana awam lebih RM2.3 bilion, dijangka akan dipanggil sekali lagi untuk tujuan sama.

Menurut sumber, tindakan itu dikatakan diambil selepas SPRM dilapor merampas beberapa dokumen berhubung pengambilalihan saham membabitkan syarikat senarai awam.

“Dua tokoh masyarakat itu termasuk ahli perniagaan yang bergelar Tan Sri mungkin dipanggil semula tidak lama lagi.

“Selain kedua-duanya, SPRM memanggil beberapa individu, termasuk seorang peguam, juruaudit dan wakil sebuah syarikat bagi mendapatkan lebih banyak dokumen diperlukan untuk siasatan,” menurut sumber tidak dinamakan itu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Difahamkan, dokumen dirampas itu termasuk kertas perbankan serta dokumen daripada Suruhanjaya Sekuriti dan syarikat pemaju.

“Laporan sama menyebut seorang lagi ahli perniagaan terkemuka juga diminta hadir esok untuk disoal siasat SPRM,” katanya.

Kelmarin, Getaran melaporkan, seorang mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri, disiasat SPRM selepas disyaki terbabit penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Siasatan itu, menurut sumber, turut menumpukan kepada pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi mantan menteri terbabit.

Ujarnya, difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham itu dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan mata wang ringgit pada hujung 1990-an.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penyiasatan terhadap mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu.

Jelasnya, siasatan tertumpu kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001. – Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran