web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rezeki Anak Tunggal Tunai Haji Bersama Ibu Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 12:12PM

Muhammad Na'im Abdul Halim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Terkejut dan terharu dapat menjadi tetamu Allah bersekali dengan ibu bapa saya, itu antara kata-kata yang diungkapkan seorang pelajar jurusan seni reka grafik Muhammad Na’im Naqiuddin Abdul Halim.

Beliau yang hanya berumur 21 tahun merupakan anak tunggal bagi pasangan Abdul Halim, 61, seorang pesara tentera dan Hasni Hasan, 59, antara yang berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi Ahad menerusi kumpulan pertama, terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia.

Kesemua mereka berlepas dengan penerbangan Malaysia Airlines MH8056 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah pada 2.05 pagi Ahad.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji di KLIA di sini awal pagi ini, beliau yang berasal dari Sungai Petani, Kedah berkata pada mulanya beliau tidak mempercayai bahawa dirinya terpilih untuk menunaikan haji namun percaya rezeki berpihak kepadanya.

“Saya hanya harapkan ibu bapa saya terpilih untuk haji kali ini atas faktor umur mereka namun bila saya dapat tahu nama saya naik, saya terus sujud syukur, kira ini rezeki saya,” kata pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil, Kedah itu.

Bagi Yaakop Murad, 64, beliau menyifatkan peluang menunaikan haji merupakan kebanggaan baginya sebagai seorang Islam yang dapat menunaikan Rukun Islam kelima tersebut, apatah lagi ia turut disertai oleh isterinya Che Sarimah Endud, 62 tahun.

“Seronok, nak cakap tak tahu macam mana. Ia merupakan kebanggaan sebagai seorang Islam dan Melayu kerana dapat tunaikan haji. Anak-anak pun gembira menghantar kami suami isteri sebelum berlepas tadi,” kata bekas juruteknologi makmal perubatan di Kementerian Kesihatan itu.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada sidang media sempena majlis pelepasan berkenaan berkata 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat.

Ditanya mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu di Arab Saudi dan persediaan TH menangani perkara tersebut bagi keselesaan jemaah haji, beliau berkata penerangan berkaitan cuaca dan sebagainya telah diberikan ketika kursus haji yang diadakan sejak awal tahun lagi.

“Kita tekankan penjagaan kesihatan pada setiap jemaah haji dan aspek keselamatan kerana suhu persekitaran dijangka mencecah 50 darjah Celcius.

“Sebarang aktiviti berkumpulan anjuran TH akan diadakan sebelah malam agar jemaah haji tidak terdedah kepada cuaca panas, cuma di Madinah dan Mekah terutama ketika Masyair iaitu di Arafah, Mudzalifah dan Mina, mereka hanya duduk di khemah dan mungkin terdedah kepada cuaca panas,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata TH mempunyai pasukan perubatan yang sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan menjaga kesemua jemaah haji dengan sebaiknya.

Bagi tahun ini, Hari Wuquf iaitu 9 Zulhijah dijangka jatuh pada Selasa iaitu 27 Jun ini.

Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.

Dalam pada itu, beliau juga merakamkan penghargaan khas kepada kerajaan Arab Saudi yang masih meneruskan program 'Makkah Route' yang membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Makkah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa, sebaik tiba di lapangan terbang negara itu.

Menerusi inisiatif itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.

Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022. - Bersama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa 20 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad