web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Penerbangan RM300: Bela Nasib Pengguna, Meriahkan Sambutan Perayaan - Pengguna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 10:30PM

Inisiatif kerajaan menawarkan harga maksimum bagi tiket penerbangan sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, memberi kelegaan kepada mereka yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan tersebut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan menawarkan harga maksimum bagi tiket penerbangan sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, memberi kelegaan kepada mereka yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan tersebut.

Manakan tidak, sudah menjadi kelaziman setiap kali musim perayaan, harga tiket penerbangan melambung tinggi sehingga ramai yang membatalkan niat pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.

Bagi seorang pekerja swasta Amirul Mukminin, 26, pembelaan dari aspek harga jualan tiket penerbangan memang diperlukan, memandangkan ia satu-satunya mod pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman.

“Tiket paling mahal yang pernah saya beli adalah pada harga RM800 untuk penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah. Jadi, saya rasakan ini (pengumuman kerajaan) sesuatu yang amat baik, khususnya kepada pelajar (universiti) untuk mendapatkan tiket pada harga rendah.

“Bagaimanapun, saya harap kerajaan dapat memantau penjualan tiket,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena perayaan itu, untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah, manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.

Berkongsi nada sama, seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Grace Edwin, 22, teruja meraikan sambutan Pesta Kaamatan kali ini, berikutan ahli keluarganya yang menetap di Semenanjung bakal pulang ke kampung halaman di Lahad Datu, Sabah, 28 Mei ini.

“Saya sangat menantikan ketibaan kakak saya yang bekerja di Kuala Lumpur, sebelum ini sudah dua tahun kakak tidak pulang (untuk Pesta Kaamatan) disebabkan COVID-19 dan harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi. Maka, inisiatif kerajaan ini sangat membantu rakyat Sabah, termasuk kami sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, bagi anak jati Sarawak Derrick Simoon, 36, berkata pendekatan yang diambil kerajaan memberi penjimatan menyeluruh, khususnya bagi mereka yang mempunyai isi rumah yang besar.

“Bayangkan sekiranya satu isi rumah itu mempunyai empat orang dan tiket penerbangan sehala itu pula berharga antara RM900 hingga RM1000, tiket itu sahaja sudah menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan sekarang.

“Saya menyokong usaha kerajaan ini. Tetapi saya berharap kerajaan mampu mencari solusi yang bersifat ‘menyeluruh’ agar isu berhubung kenaikan harga tiket penerbangan ini, dapat diatasi secara tuntas. Bukan hanya pada waktu ‘puncak’ dan musim perayaan sahaja,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 3 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar