web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ST: TX2 Terbakar Punca Kebakaran Di Mid Valley

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 9:35PM

ST berkata kebakaran pada kira-kira 10.30 pagi itu menyebabkan keempat-empat alat ubah yang berada di pencawang tersebut terputus bekalan dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Siasatan awal Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati kebakaran di bilik Pencawang Masuk Utama Midvalley Megamall pada Rabu lepas berpunca daripada alat ubah TX2 yang terbakar sepenuhnya dan menyebabkan keseluruhan sistem bekalan elektrik terjejas.

Siasatan awal  ST juga mendapati sistem kabel bagi keseluruhan alat ubah di pencawang tersebut turut terjejas memandangkan lokasi kabel berada berhampiran dengan kejadian kebakaran.

"Pada masa ini, ST sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," menurut ST dalam kenyataan hari ini berhubung kes kebakaran di pencawang elektrik Midvalley Megamall. 

Rabu lepas, video kebakaran yang berlaku di pusat beli-belah berkenaan tular di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam keluar dari bangunan berkenaan.

ST berkata kebakaran pada kira-kira 10.30 pagi itu menyebabkan keempat-empat alat ubah yang berada di pencawang tersebut terputus bekalan dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik, dan bekalan berjaya juga dipulihkan sepenuhnya secara berperingkat sekitar 12.30 tengah hari pada hari sama.

"ST memandang serius kes seperti ini yang bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan sistem bekalan elektrik, malah melibatkan keselamatan orang awam," menurut ST yang merupakan badan kawal selia bagi sektor pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia.

Sekiranya didapati berlaku sebarang kecuaian atau kesalahan oleh mana-mana pihak, ST akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

ST berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga sedang menyediakan pelan mitigasi untuk membekalkan semula bekalan melalui pemasangan kabel baharu bagi memastikan kualiti bekalan kepada pengguna adalah terjamin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar