web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Dilontar Mercun Selepas Minta Orang Ramai Bersurai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 8:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika cuba menghentikan kira-kira 200 penduduk kerana membakar bahan tersebut secara terbuka, di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.50 pagi dan apabila tiba di lokasi, keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun tidak terkawal dan memberi amaran agar perbuatan tersebut dihentikan, namun tidak diendahkan.

“Semasa pihak polis sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas.

“Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis dan setelah itu orang ramai segera beredar dari kawasan itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis berjaya mengawal tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil, kerana menakutkan secara jenayah dan larangan ke atas pemasangan bunga api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur, sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu ingkar.

Eng Lai meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad