web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ekonomi, Teknologi AI Mampu Berkembang Jika Kerajaan Laksana 3 Perkara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 7:05AM

Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan, penubuhan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) turut berpotensi menyumbang kepada usaha memperkasa agenda pemangkin pengkomersialan teknologi negara terutamanya dalam AI - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan disarankan untuk melaksanakan tiga perkara utama melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang berpotensi tinggi menjadi penyumbang ekonomi terbesar negara pada masa akan datang.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keperluan untuk kerajaan membina garis panduan AI itu sesuai dengan budaya setempat, adab dan akhlak yang selari dengan neraca syarak.

Menurut beliau, peranan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) amat diperlukan sebagai panduan bagi membolehkan Mufti mendapat gambaran menyeluruh tentang hal itu dan bersedia dengan lebih awal dari sudut hukum. 

"Bagi syor kedua, penggubalan perundangan secara khusus terhadap AI sama ada isu hak cipta atau harta intelek. Saya yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mempunyai kepakaran secukupnya meneliti isu ini. 

"Begitu juga, isu kebertanggungjawaban apabila melibatkan kesalahan AI dalam beroperasi perlu diperincikan supaya tidak timbul pelbagai isu melibatkan hal terbabit kelak," katanya.

Zulkifli berpandangan, penubuhan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) turut berpotensi menyumbang kepada usaha memperkasa agenda pemangkin pengkomersialan teknologi negara terutamanya dalam AI.

"Saya pasti ramai sedang menunggu pelan dan perancangan masa hadapan melalui bantuan awal RM18 juta kepada MRANTI dalam Bajet 2023 yang telah dibentangkan.

"Cyberjaya pernah dilihat sebagai satu tempat strategik pembangunan Lembah Silikon Malaysia. Pun begitu, mungkin ada alasan tertentu mengapa ia seakan tidak diteruskan dengan baik," katanya. 

Beliau mengulas lanjut, laporan kajian dari salah sebuah universiti di luar negara pada 2016 juga mengesyorkan bahawa etika, kebersendirian dan keselamatan mestilah ditangani dengan baik. 

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu menjelaskan, ia untuk memastikan manfaat teknologi AI dapat disebarluaskan berikutan ia mula terlibat dalam kehidupan manusia dari pelbagai dimensi.

"Peraturan yang disediakan juga perlu memberi panduan kepada pembangun AI untuk menghormati hak manusia, kebajikan dan undang-undang.

"Antara perkara perlu diberi penekanan, adakah pencapaian AI boleh memberi kesan dan mudarat yang besar kepada ummah sehingga merosakkan sistem kehidupan manusia yang bersifat bebas, teratur dan berakhlak. 

"Dengan kemasukan AI ke dalam keluarga, sudah tentu akan memberi kesan kepada ekosistem dan fitrah kemanusiaan itu sendiri," katanya. 

Sehubungan itu, Zulkifli berkata, amat penting kerajaan mempertimbangkan cadangan terbabit dengan terperinci agar maslahat manusia terbela dan kemudaratannya mampu dihindari. 

"Sekali lagi saya tegaskan jika sekiranya penggunaan dan pelaksanaan AI dapat mematuhi garis panduan yang dikemukakan, maka sudah pasti ia adalah amat baik serta memberi maslahat dan kemudahan kepada ummah.

"Saya mengharapkan semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan serta kefahaman yang baik kepada kita dalam berinteraksi dengan AI mengikut neraca syariah dalam mencari mardhatillah. Usah takut dengan sesuatu belum didepani sepenuhnya, sebaliknya bersedia semampu mungkin untuk menjadikannya manfaat besar kepada masyarakat," katanya. - Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

3

Politik 2 tahun yang lalu

Henti Polemik Yang Kelirukan Rakyat, Jangan Dahului Proses MKI - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar