web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Henti Polemik Yang Kelirukan Rakyat, Jangan Dahului Proses MKI - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:48PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan mesyuarat MKI ke-71 hari ini - gambar Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polemik yang memgelirukan rakyat seharusnya dihentikan, kerana senario tidak sihat ini hanya mengundang perpecahan dan mencetuskan perbalahan berterusan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, semua pihak perlu menghormati proses dikendalikan Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Menurut beliau, jawatankuasa terbabit telah diberi tempoh setahun untuk menyediakan segala cadangan dan orang ramai perlu bertenang agar tidak mendahului proses terbabit.

“Kementerian Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI.

“Semoga titah nasihat Tuanku ini dijadikan panduan serta dituruti semua pihak, tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Fahmi Fadzil - gambar fail
Fahmi Fadzil - gambar fail

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata demikian sebagai merujuk kepada ketegangan yang timbul kebelakangan ini, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan, Jumaat lepas.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin ketika mempengerusikan mesyuarat MKI kali ke-71 di Putrajaya hari ini bertitah, keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan harus dihormati semua pihak.

Titah baginda, kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara juga perlu didukung oleh setiap rakyat Malaysia tanpa sebarang kompromi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) turut menghadiri mesyuarat MKI di Putrajaya hari ini - gambar Selangor Royal Office
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) turut menghadiri mesyuarat MKI di Putrajaya hari ini - gambar Selangor Royal Office

Sultan Sharafuddin bertitah, perkara paling mustahak ketika ini ialah mencari jalan bagi mengatasi segala permasalahan yang timbul, dengan mengkaji kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka ditetapkan Perlembagaan Persekutuan. 

“Usaha-usaha ini termasuklah mengkaji sekiranya ada keperluan untuk mencadangkan pindaan kepada peruntukan tertentu Perlembagaan Persekutuan dan/atau undang-undang Persekutuan yang berkaitan, bagi memastikan kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang kekaburan ambiguity,” titah baginda.

Baginda bertitah, pelbagai pihak terutama ahli politik, pengamal undang-undang, para akademik dan rakyat biasa telah membuat pelbagai ulasan dan tafsiran terhadap keputusan kes tersebut. 

“Terdapat ulasan yang memberi penjelasan sebenar tentang kesan kepada keputusan kes tersebut. 

“Namun demikian terdapat juga ulasan berdasarkan kepada polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan kepada umat Islam di negara ini,” titah baginda. - Getaran, 15 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad