web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 25 Tahun, Suara Anwar Kembali Bergema Di Dewan Merdeka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 6:28PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas hampir 25 tahun, suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Lebih istimewa Anwar kembali berucap dipentas itu sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia dalam sebuah acara bersejarah, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduaan yang menghimpunkan 19 parti yang mendukung kerajaan pimpinannya.

Kali terakhir Anwar berucap di Dewan Merdeka adalah pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 1997 iaitu ketika beliau memegang jawatan timbalan presiden parti itu.

Anwar yang juga  Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia ketika berucap menzahirkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk kembali ke pentas itu. 

“Hari ini saya hadir dengan penuh semangat dan pelbagai perasaan kerana setelah 25 tahun, saya (kembali) berucap di Dewan Merdeka.

“Terima kasih kerana beri kesempatan untuk kembali ke Dewan Merdeka. Demikianlah kenyataan sejarah.” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan ketika menyampaikan amanat konvensyen itu.

Anwar disambut oleh Datuk Seri Wee Ka Siong pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduaan yang menghimpunkan 19 parti yang mendukung kerajaan pimpinannya.
Anwar disambut oleh Datuk Seri Wee Ka Siong pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduaan yang menghimpunkan 19 parti yang mendukung kerajaan pimpinannya.

Anwar sebelum ini pernah hadir bagi mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato’ Onn, WTC dan juga majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tanah air tetapi tidak menyampaikan sebarang ucapan.   

Terdahulu, ketika Anwar melangkah masuk ke Dewan Merdeka, beliau disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada ‘lautan putih’ kira-kira lebih 3,500 hadiri yang terdiri daripada pemimpin, perwakilan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan serta penyokong kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berbual dengan timbalanya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berbual dengan timbalanya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sejarah juga tercipta apabila konvensyen itu turut menyaksikan ramai pemimpin tertinggi dan perwakilan serta delegasi parti politik menjejakkan kaki dan berucap buat pertama kali di Dewan Merdeka iaitu lokasi yang amat sinonim dengan UMNO.

Antara mereka adalah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Malah dalam Sesi Bicara Rakyat, sesi dialog dan ucapan ketika Konvensyen Wanita Perpaduan dan Konvensyen Pemuda Perpaduan pada sebelah pagi, rata-rata pemimpin serta wakil parti menyifatkan perhimpunan itu sebagai ‘noktah’ kepada permusuhan masa lampau antara parti politik.

Malah ramai melaung ungkapan “dulu lawan kini kawan” yang merujuk kepada situasi 19 parti politik berkenaan yang dahulu sering bersaing dan bermusuhan, namun kini bersepakat membentuk Kerajaan Perpaduan yang stabil di peringkat Persekutuan dan negeri.

Mereka turut yakin, konvensyen yang julung kali diadakan itu menjadi wadah kepada kesemua 19 parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan untuk membina semua negara bangsa yang kukuh dan stabil serta memakmurkan kehidupan rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad