web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Kemas Kini Sistem Permohonan Rentas Negeri Elak Pemalsuan Dokumen

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 10:54AM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemaskini sistem permohonan rentas negeri bagi menggelakkan pemalsuan dokumen pada masa akan datang.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini kerana PDRM telah mengesan beberapa taktik pemalsuan dokumen rentas negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan ini.

Beliau berkata PDRM akan menambah baik sistem berkenaan kerana orang awam akan cuba mencari jalan untuk mengatasi sistem rentas negeri yang sedia ada ini.

“PDRM akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada ini (pemohonan rentas negeri) bagi mengelakkan ia berterusan berlaku.

“Adalah lumrah untuk mereka (orang awam) melakukan perkara sedemikian (memalsukan dokumen) tetapi PDRM akan berusaha untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menyertai lawatan dan sumbangan raya Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol USJ Subang, di sini, tengah malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai taktik orang awam memalsukan dokumen rentas negeri dalam tempoh PKP ini.

Mengenai jumlah permohonan rentas negeri yang ditolak di seluruh negara setakat 12 Mei, Acryl Sani berkata PDRM telah menolak sebanyak 2,730 permohonan berkenaan yang dikemukakan atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Sementara itu, Ismail Sabri yang turut serta dalam lawatan berkenaan, meminta orang awam agar terus mematuhi PKP dan tidak merentas negeri atau daerah. 

“Saya melawat SJR di Plaza Tol Eco Majesctic dan Plaza Tol USJ Subang dan mendapati tidak banyak kereta pada malam Aidilfitri (malam tadi) seperti yang disangkakan.

“Jadi saya percaya semua orang telah berada di rumah dan tidak bersesak di jalan raya. Saya berharap keadaan ini menggambarkan bahawa rakyat mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan iaitu tidak melakukan perjalanan merentas daerah dan negeri,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar