web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tidak Benar Kenaikan OPR Sebabkan Peningkatan Kebankrapan’ - BNM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 5:19PM

Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Beliau berkata tiada angka yang menyokong dakwaan sedemikian, sambil menambah, malahan hakikatnya, secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka mengurus kos pinjaman lebih tinggi.

“Saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan kebankrapan.

“Namun kami akui bahawa terdapat beberapa segmen dan sektor yang memerlukan bantuan berikutan keadaan mereka, dan bantuan masih tersedia untuk mereka yang memerlukan.

"Dengan semua keadaan ini, adalah amat perlu, wajar dan tepat pada masanya dasar monetari diselaraskan semula bagi memastikan kita terus berada di landasan pertumbuhan yang mampan," katanya selepas mengumumkan Prestasi Ekonomi suku pertama (S1) 2023 di Sasana Kijang di sini, hari ini.

BNM pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetarinya (MPC) pada 3 Mei 2023 menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus. Sehubungan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Nor Shamsiah menjelaskan bahawa keputusan untuk menaikkan OPR dibuat kerana ekonomi negara terus mengukuh dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melepasi paras prapandemik, kadar pengangguran menurun dan isi rumah kekal berdaya tahan.

Beliau berkata susulan prospek pertumbuhan dalam negeri yang kukuh, MPC menilai bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk menormalkan lagi tahap penyesuaian monetari.

Dengan keputusan ini, MPC telah menarik balik rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi meningkatkan pemulihan ekonomi.

“Pada tahap OPR pada 3.00 peratus ketika ini, pendirian dasar monetari sedikit akomodatif dan kekal menyokong ekonomi,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa walaupun inflasi telah menyederhana, pengembangan ekonomi Malaysia yang lebih besar dan permintaan domestik yang kukuh, terus memberi tekanan terhadap harga, yang menyebabkan inflasi kekal tinggi, yang mana juga telah menjadi trend di banyak negara.

“Dalam sesetengah kes, dasar monetari lambat bertindak balas, menyebabkan kadar faedah dasar perlu dinaikkan dengan lebih cepat dan agresif.

“Kita pastinya tidak mahu berada dalam situasi itu. Kita perlu berhemat.

“Kita juga mahu mengelak situasi mengekalkan kadar faedah terlalu rendah bagi tempoh terlalu lama, terutamanya ketika pertumbuhan ekonomi mengukuh kerana ini boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan dan juga (terdapat) risiko ketidakseimbangan kewangan,” kata Nor Shamsiah

Menurutnya, matlamat utama dasar monetari adalah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam tempoh jangka panjang.

Beliau juga membetulkan tanggapan salah bahawa bank pusat mahukan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih perlahan.

Menegaskan bahawa tanggapan ini tidak benar, beliau berkata keputusan (menaikkan kadar faedah) akan membantu memastikan negara terus berkembang secara mampan.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, pasaran kewangan domestik kekal dalam keadaan teratur walaupun terdapat kebimbangan pengeluaran ekonomi global akan menyederhana.

Khususnya, tekanan sektor perbankan di ekonomi maju utama telah menyebabkan penurunan hasil bon global menghala ke penghunung akhir suku pertama (S1) di tengah-tengah jangkaan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat.

Beliau berkata, walaupun terdapat ketidaktentuan luaran, prospek pelabur bagi pasaran sedang pesat membangun, termasuk Malaysia, secara amnya masih kekal kukuh.

Hasil bon kerajaan domestik Malaysia merosot pada suku tersebut sejajar dengan prestasi hasil bon global. Berikutan ketidaktentuan yang berpanjangan, kebanyakan pasaran ekuiti serantau termasuk FBM KLCI juga merosot dalam tempoh yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bank Negara Malaysia Kekalkan Opr Pada Kadar 3 Peratus

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

OPR Kekal 3.0 Peratus: Keputusan Dibuat Bebas Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad