Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 11:00AM

Inflasi yang tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ia boleh menjejaskan ekonomi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia harus berhati-hati terhadap inflasi memandangkan inflasi teras masih tinggi malah lebih tinggi daripada biasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Inflasi yang tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ia boleh menjejaskan ekonomi, katanya.

“Inflasi yang tinggi menjejaskan kuasa beli bermakna apa yang anda boleh beli dengan RM100 sekarang, nilainya mungkin akan lebih rendah pada masa depan,” katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif pertamanya dengan media sejak dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Julai, 2023.

Abdul Rasheed memberitahu bahawa inflasi yang tinggi turut menggunakan dana dalam simpanan.

“Selain itu, kenaikan harga yang tidak terkawal menyukarkan perniagaan untuk merancang dan melabur. Ini menjejaskan potensi pertumbuhan dan prospek negara dan ia merupakan sesuatu yang kta mahu elakkan,” tegasnya.

Pada Khamis, bank pusat itu berkata kedua-dua inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjurkan menurun pada separuh kedua 2023.

Bagaimanapun, BNM berkata bahawa walaupun inflasi teras telah menyederhana, ia kekal tinggi berbanding purata jangka panjang dalam persekitaran faktor permintaan dan kos yang berpanjangan.

Ketika sidang media pada Mei 2023 untuk mengumumkan prestasi suku pertama Malaysia, BNM menjangkakan inflasi keseluruhan dan teras akan kekal lebih tinggi pada 2023 daripada paras prapandemik dengan purata antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus untuk sepanjang tahun tersebut.

Ringgit dinilai rendah, dipengaruhi oleh perkembangan luaran

Abdul Rasheed berkata kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini tidak memberikan gambaran yang tepat tentang asas-asas ekonomi Malaysia.

Beliau berkata ekonomi Malaysia sangat berdaya tahan sepanjang tempoh pandemik.

“Ringgit dinilai rendah dan ia seharusnya meningkat bagi mencerminkan asas-asas ekonomi negara,” katanya.

Pada 6 petang, Jumaat, ringgit ditutup pada 4.6655/6675 berbanding dolar AS, turun berbanding 4.6580/6630 ketika ditutup pada Khamis.

Abdul Rasheed berkata dagangan mata wang itu baru-baru ini didorong oleh perkembangan dan sentimen luaran dengan pergerakan dolar AS dan prestasi ekonomi China yang lebih lemah terus menjejaskan ringgit.

Selain itu, kenaikan secara beransur-ansur Kadar Dasar Semalaman (OPR) di Malaysia berbanding rakan utama dan serantau telah menjadikan kadar faedah dasar negara antara yang terendah di rantau ini.

Beliau berkata BNM komited untuk memastikan keadaan pasaran yang teratur dan akan campur tangan untuk mencegah turun naik ringgit yang berlebihan.

“Malaysia adalah ekonomi yang kecil dan terbuka dan apa yang berlaku di dunia memberi kesan kepada negara tetapi selama beberapa dekad, ekonomi kita telah berubah, dipelbagaikan daripada segi struktur ekonomi dan rakan dagang.

“Ini bermakna kita tidak terlalu bergantung kepada satu produk eksport sahaja atau rakan dagang tertentu," katanya.

Mengenai daya tahan ekonomi Malaysia, beliau berkata pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama 2023 adalah antara yang tertinggi di rantau ini dan Malaysia terus mencatatkan lebihan akaun semasa.

Imbangan akaun semasa Malaysia merekodkan lebihan sebanyak RM4.3 bilion atau 1.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2023.

“Melangkah ke hadapan, limpahan positif daripada pembukaan semula China dan prospek pertumbuhan ekonomi domestik yang sihat akan memberikan sokongan kepada ringgit,” katanya.

Abdul Rasheed berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM baru-baru ini untuk mengekalkan OPR pada 3.0 peratus adalah konsisten dengan mandat BNM untuk mengekalkan kestabilan harga bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan data yang dibentangkan kepada MPC, ekonomi berkembang dengan stabil dan permintaan domestik kekal berdaya tahan, ia amat penting memandangkan permintaan luaran yang lebih perlahan.

“Selain itu, harga masih meningkat tetapi berlaku pada kadar yang lebih perlahan. Ini menunjukkan kenaikan sebelum ini sebanyak 125 mata asas telah memberikan kesan positif kepada ekonomi dan membuahkan hasil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Bank Negara Malaysia Kekalkan Opr Pada Kadar 3 Peratus

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin