web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lemang Warisan, Rahsia Resipi 45 Tahun Pak Tam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 6:47PM

Setiap kali Ramadan, Pak Tam tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan di Lahar Yooi, Kepala Batas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Setiap kali menjelangnya minggu akhir Ramadan, jalan raya di Lahar Yooi, di sini, pastinya akan dipenuhi dengan deretan kenderaan yang bergerak perlahan.

Bermula dari awal pagi sehingga ke malam, semuanya tertumpu di sebuah rumah kampung yang mengusahakan perniagaan lemang secara turun temurun sejak tahun 1976.

Lemang Warisan yang diusahakan oleh Mohamad Sobberi Harun, 63, bersama ahli keluarganya sentiasa mendapat tempat di hati penduduk sekitar, termasuk di beberapa negeri lain seperti Kedah dan Perak.

Kunjungan Getaran ke rumah yang dijadikan sebagai gerai lemang itu mendapati, Mohamad Sobberi dan ahli keluarganya bagaikan tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang tidak putus-putus datang memenuhi premis mereka.

"Memang beginilah keadaannya pada hari-hari terakhir Ramadan dan kami begitu sibuk kerana pelanggan meningkat mendadak serta berganda berbanding hari biasa,” katanya.

Mohamad Sobberi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tam berkata, beliau mengambil alih perniagaan lemang daripada arwah bapanya pada tahun 1994, walaupun ketika itu beliau sudah mempunyai pekerjaan tetap.

Ketika ditanya mengapa Lemang Warisan menjadi pilihan ramai, bekas petugas Malaysia Airport Berhad (MAB) ini berkata, tiada rahsia atau ramuan istimewa bagi setiap lemang yang dihasilkannya.

"Saya menggunakan bahan seperti garam, santan dan beras pulut, sama saja dengan peniaga lain. Cuma, rasanya berbeza mungkin disebabkan sukatan dan kualiti bahan digunakan.

"Saya pula memang amat mementingkan bahan-bahan asli contohnya tidak menggunakan santan kotak bagi memastikan kualiti lemang berada dalam keadaan terbaik," katanya.

Keenakan lemang Pak Tam ini juga adalah kerana ia mengekalkan daun pisang hutan, dan pemilihan buluh yang terbaik yang dibawa dari Sik, Kedah.

Bapa kepada enam orang anak ini turut mengakui pandemik Covid-19 menyebabkan jualan lemang mengalami sedikit penurunan berbanding dahulu.

Katanya, jika sebelum pandemik, dia mampu menjual sekitar lebih 3,000 batang lemang dengan harga jualan antara RM18 hingga RM20 bergantung kepada saiz dan ketinggian.

"Pada musim raya tahun lalu iaitu tahun pertama diuji dengan Covid-19 saya dapat jual sekitar 2,500 batang lemang termasuk secara dalam talian.

"Tetapi pada tahun ini saya tidak lagi membuka jualan dalam talian sebaliknya dijual terus dari kedai kerana bimbang tidak mampu uruskannya dengan baik.

"Saya juga perlu bersiap sedia berdepan jualan merosot, tetapi yakin masih ada pelanggan setia," katanya.

Selain lemang, Lemang Warisan turut menjual ketupat palas, rendang ayam dan daging serta serunding pada harga yang berpatutan. – Getaran, 12 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar