web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbicaraan 1MDB Ditangguh, Najib Alami Cirit-Birit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 8:48PM

Dr Mohd Hafiz yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata beliau dimaklumkan oleh pembantu pegawai perubatan pada 7.15 pagi ini bahawa Najib Razak mengadu tidak sihat dan mengalami cirit-birit - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan sementara, dan akan disambung semula Khamis ini, selepas bekas perdana menteri itu dilaporkan mengalami masalah cirit-birit sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memberi penjelasan tentang keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu dalam prosiding hari ini.

Dr Mohd Hafiz yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata beliau dimaklumkan oleh pembantu pegawai perubatan pada 7.15 pagi ini bahawa Najib mengadu tidak sihat dan mengalami cirit-birit.

“Ketika saya berjumpa Najib, beliau mengadu mengalami sakit perut, loya selain cirit-birit. Walaupun telah diberikan ubat, namun selepas 10 minit keadaan Datuk Seri (Najib) masih tidak berubah dan pemeriksaan lanjut mendapati beliau turut mengalami masalah kekurangan air serta sedikit demam dengan suhu 37.8 darjah celcius.

“Saya kemudian merujuk Datuk Seri kepada doktor pakar di HKL dan beliau dibawa ke sana pada pukul 9.30 pagi. Ketika itu, beliau kelihatan penat, lesu dan kekurangan air,” katanya.

Menurutnya doktor pakar di HKL kemudian memberikan cuti sakit kepada Najib selama dua hari, dan disahkan tidak cergas untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah serta tidak mampu berdiri atau duduk terlalu lama selain perlu diberikan rawatan ‘drip’.

Sementara itu menjawab soalan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Dr Mohd Hafiz berkata Najib yang didapati mengalami cirit-birit sejak semalam, dirujuk ke HKL bagi mendapat rawatan yang lebih baik.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad