web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Penuh Siasatan Dalaman Pelatih TUDM Dibuli Siap Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 6:00PM

Adly Zahari (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Laporan penuh siasatan dalaman melibatkan seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa dibuli pelatih senior di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang yang tular baru-baru ini dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata siasatan dalaman itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk semua maklumat yang dilapor atau diterima daripada pihak media atau orang perseorangan.

"Kementerian Pertahanan mengambil serius kejadian buli yang berlaku melibatkan pelatih TUDM yang dilaporkan berlaku baru-baru ini dan siasatan sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan di peringkat kementerian juga, siasatan dalaman turut dilakukan.

"Saya yakin dalam masa terdekat ini, laporan itu akan diterima dan dibentangkan pada mesyuarat pasca-Kabinet kementerian akan datang. Jika ada kelemahan, kita akan perbaiki dan beri kerjasama kepada semua pihak termasuk PDRM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara dan wanita itu turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan di pusat itu.

Pada 3 Mei lepas, media juga melaporkan polis mengesahkan empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lepas.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata latihan ketenteraan menjelang fenomena El Nino yang diramal berlaku pada Jun akan tetap diteruskan namun ia bergantung kepada situasi semasa.

"Latihan (ketenteraan) akan diterus dan dipertingkat seperti ketika tempoh penularan COVID-19 walaupun terdapat beberapa kekangan. Latihan ATM meliputi pelbagai aspek seperti dua hala dan pelbagai hala yang turut melibatkan negara jiran.

"Semua perkara akan diambil kira bagi memastikan latihan kita tidak terganggu," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad