web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adab Bertamu Ketika Berpuasa: Jemputan Tak Boleh Dipandang Ringan, Sunat Berbuka Jika…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 2:00PM

Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amalan ziarah-menziarahi atau menghadiri undangan majlis jamuan, termasuk rumah terbuka sempena Aidilfitri adalah baik, lebih-lebih lagi jika ia memberi peluang untuk berkenalan, menjalin silaturahim, bermaafan, menemui saudara-mara dan mengukuhkan persahabatan.

Penegasan itu ditekankan menerusi khutbah Jumaat bertajuk ‘Adab Bertamu Ketika Berpuasa’ diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semalam.

Katanya, sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Umar Radiallahuanhu apabila diundang ke majlis jamuan, tetap memenuhi pelawaan itu walaupun dalam keadaan berpuasa sunat.

“Ini berpandukan hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila dijemput seorang dalam kalangan kamu ke majlis jamuan, maka hendaklah dia memenuhi jemputan.

“Jika dalam keadaan berpuasa sunat, maka doakanlah tuan rumah itu. Jika tidak berpuasa maka makanlah.

“Hal ini menunjukkan bahawa setiap undangan ke sesuatu majlis jamuan tidak boleh dipandang ringan, ianya satu kesalahan jika tidak menghadirinya dengan sengaja, tanpa keuzuran,” menurut khutbah itu.

Khutbah itu menegaskan, persoalan yang mungkin timbul adalah bagaimana individu hendak menyempurnakan ibadah puasa sunat, ketika menghadiri undangan majlis jamuan, seperti hari raya, walimatul urus, kenduri-kendara atau sebagainya, malah apakah harus dilakukan.

Ujarnya, mereka yang sedang berpuasa sunat juga diharuskan berbuka puasa, bahkan sunat berbuka seandainya tuan rumah kelihatan tersinggung atau kecewa jika individu terbabit tidak menjamah makanan dihidangkannya.

Malah, katanya, jika tuan rumah yang menjemput tetamu atau didatangi tetamu ketika tuan rumah sedang berpuasa sunat, maka sebagai menghormati tetamu adalah lebih afdal dia berbuka dan makan bersama tetamu daripada meneruskan puasa jika tetamu keberatan menjamah makanan dihidangkannya, kecuali tuan rumah sedang berpuasa itu turut makan bersama.

“Hal ini berlaku ketika Rasulullah SAW berkunjung ke rumah Ummu Hani Radiallahuanha, beliau menghidangkan minuman kepada baginda. Selepas baginda meminumnya, baginda berikan pula minuman itu kepada Ummu Hani, lalu Ummu Hani pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani berkata, ‘Aku telah berdosa, maka mintakanlah keampunan untukku.

“Rasulullah SAW bertanya ‘Apakah dosamu itu’?, Ummu Hani berkata, ‘Aku berpuasa dan aku telah berbuka’. Baginda bertanya lagi ‘Adakah puasa qadha yang engkau lakukan itu? Ummu Hani menjawab ‘Tidak. Baginda bersabda bahawa membatalkan puasa sunat itu tidak memberi mudarat kepadamu,” katanya.

Selain itu, khutbah berkenaan menegaskan bahawa dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Said al-Khudri Radiallahuanhu, beliau berkata ‘Aku menyediakan makanan untuk Rasululah SAW, lalu baginda dan sahabat baginda datang.

Maka, katanya, apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki daripada satu kaum berkata ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa dan Rasulullah SAW bersabda ‘Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu. Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain, sebagai gantinya jika kamu mahu’.

Manakala, khutbah itu menyatakan, menurut kitab Mughni al-Muhtaj, seandainya tuan rumah tidak tersinggung apabila tetamunya berpuasa sunat, maka lebih utama tetamu itu meneruskan puasanya.

“Jika dia berbuka, tidak akan beroleh pahala puasa yang sudah dilakukannya. Berlainan halnya jika tuan rumah berpuasa dan berbuka kerana ingin menemani temannya makan, maka puasanya itu beroleh pahala, walaupun dia tidak menyempurnakan puasanya itu.

“Menurut ulama, seseorang yang tidak meneruskan puasa sunatnya tanpa keuzuran adalah hukumnya makruh. Hal ini berdasarkan zahir daripada firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 33, ‘Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul Allah serta janganlah kamu batalkan amal kamu!”.

Pada masa sama, khutbah itu turut menjelaskan, menurut Mazhab al-Syafie, orang yang tidak meneruskan puasa sunat, sama ada kerana keuzuran atau tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya mengqada puasa itu.

“Bahkan hukum mengqadanya adalah sunat sahaja. Bagaimanapun, jika seseorang menghadiri sesuatu majlis jamuan, sedangkan ia berpuasa yang wajib seperti berpuasa qada atau puasa nazar, maka haram baginya berbuka.

“Cukuplah baginya sekadar menghadiri majlis tersebut dan mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan jemputan,” katanya. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

Mengumpul Pahala Dengan Puasa, Ketahui Hari Ganjaran Besar

2

Refleksi 5 tahun yang lalu

Nisfu Syaaban Dan Kemaafan

3

Refleksi 5 tahun yang lalu

Puasa Dan Bulan Syaaban

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad